Wednesday, October 17, 2012

# Pasal Blog

Blogging...kini obsesiku

Assalamualaikum everyone,

Pernah korang merasa obses terhadap sesuatu? Apa itu obses? Apa punca obsesi itu? Hish, macam soalan SPM plak hehe. Obses ini kalu dalam bahasa kamusnya bermaksud terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa saja demi benda tu. Obses ini boleh jadi negatif atau positif bergantung pada tahap sejauh mana ke'obsesi'an *ader ker perkataan macam tu?* kita terhadap sesuatu perkara serta bagaimana kita meng'handle' obsesi itu *fuh, ayat power la sangaaaaattttttt*






Obsesi ni lumrah manusia, setiap orang mempunyai 'kegilaan' terhadap sesuatu barang atau perkara. Macam orang perempuan sangat tergila2kan kecantikan sepatu atau kasut tambah2 lagi kalu nak 'sale' tu kan...habis sumer poket diseluk, poket suami, poket abah, poket akak *hehehe bunyi mcm aku jer tu*.Siap malam tu boleh mimpi kasut plak kan huhu.







So, begitu juga dengan blogging ni, kalu akak tak jenguk 'diary' ni memang tak keruan hidup akak Setiap hari jari jemari akak tak sabar nak tekan keyboard pc ni dan meluahkan segala isi buku yang terpendam dan bermain di fikiran ini. Ada jer bende nak di'share' bersama walaupun akak tak mengharap sebarang komen... yang pasti akak akan berasa puas kalu isi hati dapat diluahkan melalui blog ini. Sampai bila akak akan obses dengan blogging?...entah la, bak kata incik suami dia selalu kata, "ha, nak sangat roti tu makanla sampai muntah"..so selagi akak tak muntah selagi tu akan sentiasa ber'blogging' hehehe. Plus, kat sini takleh masuk FB kan so blogging is the best for me (^_^). Adios everyone, wassalam.


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?