Sunday, October 07, 2012

# Kursus

Transformasi Diri dan Organisasi di D'Ambang Resort.

Assalamualaikum everyone,

waahhhhhh lama giler akak tak update blog yer..memang busy giler akak minggu lepas. Tetiba dapat emel kene gi kursus kat Pekan, Pahang plak tu. Kelam kabut akak susun atur jadual harian dan perjalanan tuk anak2..dan akhirnya diaorg kene amik EL so, seronok la tak gi sekolah kan. Tapi takla semudah tu akak nak bagi 'lepas' ajer kan hohohohoho..noooo wayyyyy! Akak dah standby homework lagi tuk diaorg masa kat kampung nanti, so takde la nak main je kannn... *sorry kalu tak faham akak main taip jer ni dah merapu ni*


So, kursus akak bermula 1hb Oktober- 4hb Oktober 2012. Bermulala perjalanan di pagi Isnin dengan bas, dalam perjalan tu boleh plak tersosek hehe. Selepas 5 jam baru la kami sampai di destinasi yang betul.

Dengan kepenatan yang melampau dan perut yang lapar kami tiba di D'Ambang Resort, Pekan Pahang dengan selamatnya hehe. Dah dapat kunci terus kami merehatkan diri dan mengemas apa yang patut.


Pintu utama D'Ambang Resort
tempat beradu

pemandangan 'chalet' dari luar

Disebabkan kami sampai tersangatla lambat, maka petang itu tiada aktiviti lagi buat kami so akak amik kesempatan ini tuk berposing sakan la kan. Maklumla resort ni terletak berhadapan dengan Sungai Pahang jadi rugi kalu kiter tak amik gambar tau hehe.

Inilah Sungai Pahang..mendamaikan tul tak??
mek ni suka posing menegak hehe

berlatar belakangkan Sungai Pahang...cun woo!

So, malam pertama tu bermulala 'ice-breaking' antara peserta kursus dan dibahagikan kepada kumpulan masing2...haaa ni kumpulan akak--> CERIA. Kalu tengok dari bendera yang kami reka dan riak muka kami yang masih cuak dan penat..memang tak ceria tapi nak bagi tambah semangat sikit la kan, baru ader rasa enjoy maaa!Layannnnnnn....


Lukis logo bendera macam nak lukis pelan bangunan...
serius pokcik2 ni hehehe.


Ini ubat kuat..kalu takda ubat ni alamatnya lentokla kami hehe.
CERIA...Separuh siap

Hari ke-2, ke-3 dan malam penghabisan kami habiskan masa untuk aktiviti lasak seperti 'jungle-trekking', 'rafting', 'high-rope', 'flying-fox', 'water-confident' dan 'mini-war game'. Memang enjoy giler kami sumer sampai pokcik2 yang dah masuk umur 5 siri tu pun dan macam 1 siri dah..hehe. Tapi sayang tak dapat nak snap gambar sebab tak digalakkan bawa gadget yang canggih manggih ni..kalu ilang tanggung sendiri la yer huhu. Tapi, dapat jugakla akak merasa berakit di Sungai Pahang ni, kalu nak suruh buat rakit tu memang kacang peas je la *amboiiiii berlagak tak hingat dunia yer*.

Jungle-trekking tu senang jer sebab trek diaorg mendatar jer tapi pacat memang banyak giler dalam hutan tu..so, korang kalu nak masuk hutan tu jangan berangan nak pakai seluar pendek atau baju lengan pendek yer...merasala ko spa pacat free nanti!wahahaha....


Yang paling akak gerun masa buat high-rope..baru ku tahu aku ni gayat sebenarnya. Ganas giler nak panjat tali dan kayu2 atas pokok tu..mengucap tak habis akak dibueknyo..apokan dayo kono habiskan jugak lo hehehe.



senget pulak...inilah high-rope. Nampak jer rendah dan senang..
kalu nak cabar diri inilah tempatnyer, ader beran??

So, inilah yang terjadi selama 4 hari akak kat sana..mula2 memang cuak dikkk. Dahla jauh dari family, tv takda, radio takda, wifi pun semput2 ajer. Tapi bila dah lalui sumer aktiviti tu baru kiter tahu potensi diri kita yang sebenarnya..dan of course la sumer tu boleh di apply di alam pekerjaan nanti. Jadi, kalu korang berhajat nak bercuti atau berkursus di tempat2 yang indah semula jadi datanglah ke D'Ambang Resort Pekan Pahang. For sure, makanannyer besttttttt....hehe. Dahla, akak ngantuk...bantal dah panggil tu hehe. Layan je la gambar kat bawah ni yer....

Woman Power..JMM gurls.

Bersama kak Ina yang suweettttt.

Rakan sebilik...korang memang sempoiiii terbaik!

Macam tak khusyuk jer kan?hehe

ni sumer mak budak dah...


Bergambar di jeti 

Bersama dengan jurulatih En Mohd. Rosdi

Dari kiri: En. Sarudin(hero mini-war game), En. Din, 
Kak Ina, Akak, Kak Marina dan Yana.

P/S: korang nak tahu lebih lanjut tentang D'Ambang Resort? Pergi kat sini http://www.d-ambangresort.com/

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?