Sunday, November 25, 2012

# Teknologi

Cermin Mata Pintar Untuk Orang Buta Melihat



Harapan mungkin cerah buat orang-orang buta yang masih menggunakan tongkat jalan dan anjing sebagai penunjuk arah, apabila cermin pintar baru bakal dihasilkan dalam masa 2 tahun lagi, kata penciptanya.

Alat ini direka untuk mencegah individu yang mempunyai tahap penglihatan yang kecil dari melanggar mana-mana objek di hadapan mereka ketika berjalan.

Dengan menggunakan kamera stereoskopik yang kecil yang terletak di dalam bingkai cermin mata, imej akan  diprojek dengan mudah  ke kanta yang bersinar apabila pemakai berada dekat dengan halangan.

Cermin mata istimewa ini akan melalui proses percubaan bermula Januari depan di Oxford dan London, melibatkan 160 orang yang memiliki penglihatan terhad. Pengasasnya, Dr Stephen Hicks dari Universiti London berkata, dia berharap produk ini akan dapat dikomersialkan dalam masa dua tahun lagi.




Dr. Hicks juga menyatakan bahawa, cermin mata pintar ini direka sebagai alat membantu navigasi, bukan untuk memulihkan penglihatan.

"Cermin mata ini berfungsi dengan sepasang kamera kecil untuk mengenalpasti jarak objek dan kita menukarkannnya dengan paparan cahaya," katanya.

"Mereka dapat mengenal di mana meja, dinding dan mengetahui bila seseorang berada 5 meter darinya," kata Dr. Hicks-MO


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?