Wednesday, November 21, 2012

# Ekstrim

"I Want My Man Dead or Alive"


Seorang wanita berusia 37 tahun telah dituduh menyimpan beberapa bahagian tulang badan manusia di apartmennya untuk mengadakan seks dengan mereka.

Suspek telah menyimpan lebih 100 bahagian tulang, termasuk 6 tengkorak dan 1 tulang belakang untuk tujuan 'hubungan intim' dan telah didakwa atas tuduhan menyalahgunakan @ mencabul 'keamanan' tubuh si mati oleh pendakwa.

Polis juga mendakwa telah terjumpa beberapa CD yang bertajuk, 'My Necrophilia' dan 'My First Experience' serta beberapa keping gambar yang menunjukkan aksi wanita terbabit mencium  dan memeluk tengkorang tersebut, lapor angesi berita Sweden.

Wanita berkenaan yang berasal dari Selatan-Barat Sweden telah didakwa di Mahkamah Daerah Gothenburg hari ini, telah menafikan tuduhan tersebut-mendakwa beliau menyimpan tulang temulang itu untuk tujuan koleksi sejarah.

Akhbar Goeteborgsposten mendakwa bahawa suspek telah menulis di forum internet beberapa tahun lalu:'Moral saya telah menetapkan batasan saya dan saya bersedia untuk menerima hukuman sekiranya sesuatu berlaku."..."Ia berbaloi. Saya mahu dia seperti adanya, samada hidup atau mati . Dia membenarkan saya merasai kegembiraan dalam hubungan seks.'

Dia kini berdepan hukuman penjara 2 tahun jika didapati bersalah.-DM










P/S: Aiyaiayaiayaiayai!!! Dengan tengkorak pun ader nafsu ker??? Manusia....manusia.....




No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?