Jenis-jenis Cacing Dalam Tubuh Kita

Thursday, October 17, 2013


Assalamualaikum!~

"Eeewwwwwww eeeeeeeeeewwwwww!" takyah nak geli sangat la ye hehe. Memang cacing ni dok ada dalam perut ang pa sumer. Tak caya, ang pa suruh anak ang pa letak telinga depa kat perut ang pa pastu kuarla bunyi "cretttt cretttt" hahahaha. Tu betul la tu perut ang pa ada cacing lagu tu! mihmih~  

Jom kiter hulurkan salam perkenalan kepada 'parasit' dalam tubuh badan kiter hehe. 

Say hi to....



 1. Cacing perut (Askariasis)


Berasal dari keluarga Askaris Lumbricoides yang merupakan cacing yang paling kerap menjangkiti manusia. Cacing ini hidup di dalam usus manusia dan melepaskan telurnya bersama kotoran manusia. Biasanya, jangkitan ini didapati melalui makanan yang tercemar oleh kotoran yang mengandungi telur cacing. Telur cacing yang masuk ke dalam usus akan mengeluarkan larva dan menembusi dinding usus, masuk ke aliran darah dan seterusnya ke paru-paru. Penyakit seperti anemia, saluran hempedu tersekat, radang pankreas dan usus tersumbat.


2. Cacing Kremi (Enterobiasis)




Nama saintifiknya ialah Entrobius Vermikularis, cacing ini sering menjangkiti kanak-kanak. Cacing dewasa akan tinggal di usus besar. Cacing betina yang akan bertelur meninggalkan usus besar menuju anus(tempat buang air) yang diketahui merupakan tempat ideal untuk bertelur. Kanak-kanak akan merasa gatal pada bahagian tersebut sehingga memaksanya untuk garu dan ini akan meniggalkan kesan luka di bahagian itu.  Maka, terjadilah jangkitan kuman dan cacing tersebut dapat masuk dari situ. Selain itu juga, pindahan cacing ini dapat berlaku menerusi makanan yang dimakan.


3. Cacing Tambang (Ancylostoma)




Ancylostoma Duodenale Necator Americanus juga sering menghantui manusia. Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil, sedangkan telurnya dikeluarkan bersama najis manusia. Telur akan menetas menjadi larva di luar tubuh manusia, yang kemudian masuk kembali ke tubuh manusia melalui kulit telapak kaki yang tidak beralas (berkaki ayam). Larva akan masuk melalui peredaran darah yang akhirnya masuk ke paru-paru. Kesan jangkitan adalah alahan biasa, anemia dan sakit perut.

4. Cacing Cambuk (Trichuriasis)




Cacing dewasa akan tinggal di usus bawah dan melepaskan telurnya ke luar tubuh manusia bersama najis. Telur yang tertinggal akan menetas di dalam usus kecil dan hidup sampai dewasa. Penyakit yang disebabkan oleh cacing ini ialah sakit perut, cirit-birit dan usus tersumbat.

Jom ketahui Apa Yang Parasit Boleh Lakukan Pada Anda?

P/S: Ngeri kan tengok cacing yang boleh masuk dalam badan kiter ni, so, rajin2 la menjaga kebersihan diri yer (^_^)~

You Might Also Like

16 pengomen comel

  1. aga-agak kita yang tua nie ade cacing jugak ke...adehh...ngeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mustahil kak...kalau kita tak jaga kebersihan :)

      Delete
  2. eeyuww. bukan geli. tapi seram la dorang ade dlm perut kita. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakikatnya kalau kita tak jaga kebersihan diri bukan takat cacing je boleh masuk...yang lain pun boleh masuk hehe :)

      Delete
  3. ehh.. geli & mengerikanlah cacing2 tu bila dibesarkan, x boleh rasa x geli walaupun ada dlm tubuh sendiri.. Bersamalah jaga kebersihan. Thanks sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye abg khir, penting untuk kita jaga kebersihan diri dan makanan kita (^_^)

      Delete
  4. Replies
    1. hehehe ni baru gambar bro...kalau betul2? mahu melompat sat gi haha :D

      Delete
  5. Salam ziarah. Jemput ke http://wanariahamiza.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah di NK :). InsyaAllah kenit singgah pula :)

      Delete
  6. Kenit ngeri sangat tengok cacing tambang tue.. meremang bulu roma farah..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha a'ah kan sis, macam cacing tu sedang tengok kita dan nak ngap kita je!

      Delete
  7. adeh geli plak nengok cecacing tuh smue :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dibiarkan duduk dalam badan kita dan beranak pinak lagila geli nak membayangkannya huhu :D

      Delete
  8. erkk..bahaya plak tgok..ni kalau xjga kebersihan dgn btol..pasti boleh bawa maut..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM