Sila Tampar Muka Anda!

Friday, November 23, 2012






Anda ingin tampak menawan? Anda ingin menghilangkan kedutan di wajah anda? Anda ingin tampak awet MUDA? Kini ader cara terbaru yang korang boleh cuba, iaitu terapi menampar wajah seperti yang korang tengok di atas. *cari gini pun boleh wat terapi yek*

Di Amerika Syarikat, terdapat sebuah salon kecantikan yang diusahakan oleh pasangan suami isteri yang berasal dari Thailand. Mawan & Tata Sombuntham membuka salon kecantikan ini khusus untuk menyediakan rawatan terapi menampar wajah untuk awet muda. Ia adalah terapi yang disebut dapat menjadikan kulit muka kembali tegang seperti waktu muda.* ye ke dakkkkkk?* Selain itu, melalui terapi ini, pori-pori kulit dapat dikecilkan, serta menghapuskan garis-garis kedutan pada wajah.

Tata, isteri kepada Mawan adalah pakar dalam melakukan terapi tampar tersebut. Dia mendakwa bahawa terapi tampar wajah miliknya adalah yang pertama dalam terapi anti-penuaan di dunia ini.

Setiap sesi rawatan, Tata aka mengenakan bayaran sebanyak $350 (RM1050)* mak aiiiiii!mahal bobonar eh!!!!* untuk terapi selama 15 minit *bapak kejap sangat! kalu kentut pun bau tak ilang lagi aihhhh!*, di salonnya di bandar San Francisco, AS.

Pasangan suami isteri jua turut menjamin keberkesanan dan hasil yang tidak perlu ditunggu lama. Setelah selesai terapi, pelanggan akan dapat merasai kelainannya. *yup, for sure kulit merah meredang*

So, ader yang tertarik dengan konsep rawatan anti-penuaan terbaru ini? Tak perlu bedah, tak perlu suntik, tak perlu ubat. Cuma, kasi penampaq baguih punya kat muka laju-laju....kihkihkihkih~




You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM