Sunday, November 11, 2012

# Lelaki

Too Fat To Die.


Ronald Post


Nak tahu bagaimana? Haaaa....doktor kepada banduan (dalam gambar) telah mengesahkan bahawa Ronald Post, 53 yang mempunyai berat 480 pounds (270kg) terlalu gemuk untuk dikenakan hukuman mati dan mesti ditangguhkan ke Januari, 16 2013. Ini adalah kerana dia tidak mempunyai vena pada lengan,tangan atau kaki untuk disuntik disebabkan terlalu gemuk. Dia ditangkap atas kesalahan membunuh seorang kerani hotel, Helen Vantz di Hotel Slumber Inn, Elyria.

Post, 53 mahukan mahkamah membatalkan hukuman itu atas alasan berat badannya akan menyebabkan dia mengalami kesakitan yang amat sangit ketika menjalani proses berkenaan. Post juga mempunyai parut pada lengan kiri dan kanannya akibat cubaan membunuh diri. Parut berkenaan menyebabkan dia tidak boleh disuntik.


Sementara itu, waris mangsanya yang mendesak pihak berkuasa meneruskan hukuman itu, menyifatkan alasan Post sebagai jenaka.


Source: www.trutv.com

P/S: Such a joke!~


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?