Breaking

Friday, December 21, 2012

10 Negara Dengan Perkhidmatan Teksi Terburuk Di Dunia.


Setiap orang punya pengalaman berbeza tentang perkhidmatan teksi. Ader yang manisssssss, ader yang "macam cilakak!", kata diaorg. Pada yang punya pengalaman manis tu, alangkah bahagianya hidup korang kan dapat jumpa dengan pakcik teksi yg baik hati dn servis tip top! Tapi, kalu dapat yang macam hampeh, memang sampai 7 keturunan la kene sumpah bagai hahaha~tui dak? Jangan tk ngakuuuuuu~

Melalui kajian yang dilakukan oleh Londoncabs.co.uk,  penilaian dibuat berdasarkan respon dari pelancong luar negeri yang berkunjung ke negara berkenaan dan menggunakan perkhidmatan teksi. Tak mo taip banyak2, jom kiter terjah..sapa yang kenaaaaa!~

10. Moscow, Rusia


Pemandu agak menyusahkan, tetapi sekurang-kurangnya mereka dilihat sebagai pemurah dan jujur. Masalahnya, mereka sukar ditemui di beberapa kawasan. Banyak kereta haram memandu sekitar Moscow dan cuba untuk mndapatkan penumpang. Itu yang anda perlu elakkan kerana kos yang mahal.

9. Shanghai, China


Pelancong disarankan menulis tempat tujuan di atas kertas dalam Bahasa Cina, jika tidak anda akan menghadapi kesukaran mencari destinasi yang anda cari.

8. Cairo, Mesir


Di Kaherah, Mesir, pemandu teksi terkenal kerana suka mengikut orang di jalanan dan mengugut mereka untuk mendapatkan lebih perniagaan.

7. Zurich, Switzerland



Masalah bahasa selalu dihadapi oleh pelancong selain daripada kos tambang teksi yang agak mahal. Pelancong perlu bersedia dengan arahan sendiri atau berharap bahawa pemandu teksi yang anda naiki mempunyai GPS melainkan jika destinasi anda adalah satu tempat yang sangat terkenal seperti lapangan terbang atau sebuah hotel yang sangat besar.

6. Mumbai, India


Pemandu teksi di India sebenarnya bersaing atas perniagaan mereka, dan itu bukanlah petanda yang baik untuk keselamatan penumpang. Masalah lain ialah banyak teksi lama yang tidak mempunyai tali pinggang keledar di Mumbai.

5. New York, USA


Walaupun pemandu teksi di New York dianggap mengenakan kos yang berpatutan dan mesra pada umumnya, ramai pemandu tidak benar-benar tahu jalan dan itu menjadikan tambang menjadi lebih banyak daripada yang anda harapkan.

4.  Paris, Perancis


Pemandu teksi di Paris dikenali kerana sikap kasar mereka, Jika anda bercakap dalam bahasa Perancis, ia jelas lebih mudah untuk mendapatkan teksi di sekitar ibu kota Perancis itu. Jika tidak, pelancong dinasihatkan untuk menulis alamat pada sehelai kertas untuk diperlihatkan kepada pemandu teksi.

3. Bangkok, Thailand


Walaupun ramai menganggap Bangkok, Thailand mempunyai beberapa pemandu teksi terbaik di dunia, terdapat banyak pemandu yang tidak tahu jalan. Beberapa pelancong mengatakan bahawa mereka tersesat walaupun mereka membayar tambang yang mahal, tetapi hakikatnya ialah kebanyakan pemandu teksi di Bangkok merupakan petani yang memandu teksi untuk menambah pendapatan.

2. Rome, Itali


Teksi adalah terhad dan pemandu sering kasar dan sukar untuk berurusan dengan mereka. Jika hujan, pemandu mengenakan harga dua atau tiga kali ganda untuk perkhidmatan teksi.


Dan, CHAMPION of all......
jeng jeng jengggg~

1. Kuala Lumpur, Malaysia


Pemandu teksi dari Kuala Lumpur terkenal kerana mengenakan caj berlebihan terhadap pelanggan dan walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu tidak berbuat demikian. Teksi di Kuala Lumpur juga selalunya usang dan buruk.

Londoncabs.co.uk

P/S:   Perkhidmatan teksi terburuk di dunia- Malaysia (tak masuk berita)
         Negara Rasuah Tertinggi - Malaysia (ke-4) (tak masuk berita)
         Penglibatan Malaysia dalam Aliran Matawang Haram-Malaysia (tak masuk berita)
         Destinasi Shopping Terbaik Di Dunia - Malaysia ke-4(MASUK TV & SURATKHABAR)

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.