10 Penjara 'Terteruk' Di Dunia

Wednesday, December 05, 2012


Morning glory everyoneeee!~ So, what is ur plan for today? Apeprun plan korang today pastikan ia plan yang baik dan tidak menyalahi undang2 yer hehehe. Aperpun, korang dah tahu akak nak citer pasal aper kan? Pasai apa akak letak TERTERUK kat title atas tu? Aper yang TERUK sangat pasal penjara? Yo la, sumer orang tak nak masuk penjara ye dak. 

Tapi, pernah suatu masa dulu akak baca artikel tentang orang yang sengaja buat kesalahan kerana nak masuk penjara. Diaorg cakap, " makan free, tido free takyah buat aper pun dapat makan free"... Aiyakkkkk, sampai macam tu sekali yek...Hissshhhh, tak sior teman nak masuk tempat gitu!~




Hehehe, dah dah jom kiter terjah 10 Penjara Terteruk Di Dunia,wokeh!~(^_^)

10. Canadiru Penitentiary, Brazil



Dalam kebejatan penyakit HIV yang berleluasa, keganasan di penjara dan pembunuhan sesama banduan adalah antara pemandangan yang menyedihkan di penjara ini. 20% atau 1500 banduannya disahkan HIV positif setelah dimasukkan ke sini. Banduan yang perlu menjalani pembedahan terpaksa menahan penderitaan kesakitan sendiri.

9. Diyarbakir Prison, Turkey


Penjara ini mampu menempatkan 750 orang banduan, ada masanya ia melebihi kapasiti tersebut. Banduan dibogelkan dan ditutup matanya sebelum diseksa teruk. Banyak kematian akibat kebuluran dan penyeksaan. Pengawal penjara bermain dengan banduan dan dihukum penalti mati jika kalah. Banduan dikenakan renjatan elektrik sebagai hukuman.

8. Bang Kwang Prison, Thailand.


Thailand adalah rumah bagi "Big Tiger" di Penjara Bang Kwang. Di sini, kebanyakan banduan adalah pesalah  yang dijatuhi hukuman mati atau penjara lebih lama. Banduan yang mendapat hukuman mati diikatkan kaki mereka rantai besi. Di sini juga, makanan yang diberi adalah sedikit menjadikan ia penjara yang paling teruk keadaannya.  

7. Guantanamo Bay, Cuba


Guantanamo Bay adalah suatu daerah kecil di Cuba. Tahanan Al-Qaeda dari seluruh dunia ditempatkan di sini. Ia menjadi tempat penyeksaan paling teruk di sini. Tahanan di sini diseksa secara seksual dan fizikal memberikan kesan trauma yang cukup teruk. Inilah antara sebab mengapa masyarakat dunia mahu penjara ini ditutup.

6. La Sabeneta Prison, Venezuela


Penjara ini dikategorikan sebagai tempat paling teruk dan ganas. 25,000 tahanan ditempatkan di sini bila hana ia mampu menampung hanya 15,000 tahanan sahaja. Oleh kerana kesesakan yang melampau, banduan sesama sendiri sering bergaduh. Penjara ini boleh disamakan dengan rumah sembelih kerana hampir setiap hari pembunuhan beramai-ramai berlaku di sini.

5. Alcatraz, California


Alcatraz digelar Pulau Syaitan. Semasa era kejatuhan 1920-an, penjara ini dibina untuk menempatkan pesalah undang-undang. Kesunyian dan pengasingan penjara ini dari dunia luar telah membangkitkan kecelaruan, ketidaktenangan dan kesunyian pada tahanan. Melepaskan diri dari penjara ini adalah sangat mustahil. Banduan di Alcatraz dipaksa untuk berdepan dengan seksaan yang kejam dan tiada siapa dibenarkan untuk bergaul sesama sendiri atau meluahkan perasaan. Keadaan penjara dan polisinya telah membuatkan ramai banduan yang gila. Akhirnya, pada thaun 1963 ini ditutup.

4. Tadmor Military Prison, Syria.


Penjara ini terletak di timur Syria seksaan kejam adalah perkara biasa di sini. Ia ditutup pada 2001 tetapi kembali dibuka pada 2011. Membunuh banduan dan memotong bahagian anggota mereka adalah kerja jahat yang dilakukan oleh pengawal-pengawal di sini.

3. ADX, Colorado


ADX Florence SuperMax Facility adalah penjara utama di Colorado. Ia juga digelar " Neraka Versi Bersih". Ie menekankan tahap keselamatan paling ketat untuk mengawal pesalah-pesalah yang terdiri dari penjenayah kes-kes kejam dan brutal dan kongsi gelap terganas seluruh dunia. Penjara ini boleh menampung 500 tahanan lelaki. 

2. Kwan Li So No.22, North Korea


Merupakan penjara terbesar di Korea Utara, mampu menampung 50,000 banduan. Penjara ini adalah satu-satunya penjara yang menempatkan tahanan lelaki, wanita dan kanak-kanak malah bayi. Wanita mengandung yang menjerit ketika melahirkan bermakna bayi mereka telah mati.

 1. Gitarama Prison, Rwanda Afrika



Bertempat di Rwanda Africa, penjara ini memang layak dikategorikan paling teruk di dunia. Ia mempunyai banduan yang tak terkira ramainya dan kebanyakannya mati dalam tahanan kerana tempat yang sangat sempit dan terpaksa berhimpit dengan tahanan lain. Manakala, banduan yang mati dibiarkan saja dalam kurungan. Mereka tidak dibekalkan dengan makanan, maka mereka memakan sesama mereka. Kebuluran merupakan punca utama mereka mati, selain diseksa dengan kejam dan sadis.

Sumber : poptens.com

You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. alahai... dasat betul layanan utk banduan..

    ReplyDelete
  2. @careno

    Yup, mujur Malaysia tak masuk dalam senarai ni.

    ReplyDelete
  3. perghhhh... penjara yang paling baik servis nye pon sya tak akan masuk.. takut.. huhu

    ReplyDelete
  4. @PaPa Blogger

    ekekekeke...tapi papa mesti dah pernah masuk 'penjara cinta', 'penjara jiwa' & 'penjara rindu' kan? (^_^)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM