Breaking

Wednesday, December 05, 2012

10 Superbike Terpantas Di Dunia (Impianku)


Wahahahaha, ader tengok title atas yang dalam 'bracket' tu?? Memey sejak akak berumur 20-an lagi akak dah minat superbike..tapi idok ler teman nak membelinyer hehee. Geram dan respek pada penunggang motor wanita seluruh dunia tak kire aper jenis motosikal korang tunggang.

Akak geram bukan sebab marah tapi geram sebab diri akak ni yang tak reti2 nak nunggang motor *ceh, macam sirih jer alasan tu!~* Hari2 akak nengok pempuan bawak motor dan akak juga impikan satu hari nanti akak dapat nunggang macam diaorg gak gi keje balik keje kan hehehe.

Aperpun, akak memey idamkan superbike, jenis motor2 besar ni..perrghhhhh! Tangkap sexy lorrrr kalu dapat try sekali hehehe. Cuma, duit dalam bank tak baper nak molek untuk membelinyer wahahahaha!~

Dah dah jom kiter teruskan terjahan kiter untuk ketahui motor mana paling pantassssssssss...zassssssssssssss!~


10. Suzuki GSX-R1000


   
Superbike ini mempunyai kelajuan maksima 2855kmph/177mph. Suzuki ternyata mempunyai rekod pembuatan superbike bertaraf dunia menjadikan motosikal power ini digemari peminatnya.

9. Honda CBR1000RR


                                     
Strukturnya, tunggangannya dan karakternya menjadikan superbike jenis Honda ini cantik dan senang untuk ditunggangi . Mmapu mencapai kelajuan maksima 291kmph/180mph, kemampuannya mampu menandingi lawan. Ditambah pula ia di bawah syarikat Jepun, menjadikan performancenyer sentiasa outstanding!

8. Yamaha YZF-R1


R1 ini sebenarnya telah dihasilkan dan diuji pada tahun 2012, dan telah mencapai kelajuan maksima 297kmph/184mph dalam proses ujiannya. Dua tahun telah berlalu, dan R1 ini masih kekal dalam senarai 10 superbike terpantas di planet ini! 1st class engineering of Yamaha. 

7. Kawasaki Ninja ZZR 1400


Selama lebih 20 tahun ini, model ZZR ini telah menjadi model yang paling dikehendaki di atas planet ini! Pada tahun ini, model klasik Kawasaki telah 'dilahirkan' semula dalam dunia pemotoran. Model terbaru ZZR1400 adalah 'raksasa' terbaru yang mampu mencapai kelajuan maksima 299kmph/185mph .

6. 2012 Ducati 1199 Panigale Superbike 


Tahun 2012 merupakan tahun terbaik buat Ducati, mengorak langkah setapak lagi untuk setanding dengan model BMW S1000RR. Model terbaru Panigale yang dikeluarkan telah meletakkan jenama superbike dari Itali ini di platform terbaik. Pihak Ducati telah mendakwa bahawa kuasa kuda model ini boleh memuncak kepada 195 kuasa kuda pada 10,750rpm dan 98.1lb-ft torque pada 9000rpm. Tak lupa juga kelajuan maksima yang boleh dicapainya 300kmph/186mph.

5. BMW S1000RR


Seterusnya, model yang memberi saingan sengit kepada Ducati. BMW ini dihasilkan oleh BMW untuk Kejohanan Superbike Dunia 2009, tetapi kini boleh digunakan di jalan-jalan biasa. Menawarkan 1000cc inline 4 enjin pada14200rpm dan kelajuan maksima 305kmph/189mph, S1000RR merupakan superbike yang sangat impresif dalam pasaran. 

4. MV Agusta F3 Tamburini



Superbike F3 ini merupakan yang ke-3 dalam senarai MV Agusta merupakan koleksi terbaru dalam kelasnya. Kalau dilihat dari segi luarannya, F3 mampu menewaskan model lain. Ia juga dilengkapi komputer yang dikenali sebagai 'Ride by Wire' untuk mengawal minyaknya. F3 mampu mencapai kelajuan maksima 307kmph/190mph.

3. MV Agusta F4 R312



Model F4 ini telah dihasilkan dengan superb dan masih mengekalkannya dalam senarai superbike terpantas dunia dan mendapat perhatian di kalangan peminatnya. Kelajuan maksima yang mampu dicapai F4 adalah 314kmph/195mph.

2. Suzuki Hayabusa.



Dilengkapi 1340cc inline 4 enjin, Suzuki Hayabusa ini menjadi impian setiap penunggangnya dan termasuk dalam wishlist setiap orang. Dijual pada harga 11,000 pound sterling, Suzuki Hayabusa menjadi 'permata' kepada koleksi Suzuki dengan kelajuan maksima 320kmph/198mph.

1. MTT Turbine Superbike Y2K



MTT Turbine Superbike adalah model yang mempunyai kelasnya yang tersendiri apabila dinobatkan dalam "Most Powerful Motorcycle Ever to Enter Series Production" dari Guinness World Record. Ia menggunakan enjin turbo gas Rolls Royce Allison untuk memberikan 300 kuasa kuda 425ft/lbs of torque. Maka, tidak haairanlah jika ia mampu memecut meninggalkan model-model superbike lain dengan kelajuan maksima sehingga 370kmph/227mph semasa ujian. 

Sumber: Toptens.com
P/S: So, yang maner korang nak bawak dalam mimpi nanti? (^_^)


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.