Thursday, December 20, 2012

# Informasi Dan Tips # Makanan

Bakso Tidak Ditanggung Halal?


Morning glory everyoneeee!~ Bekpes mende pagi ni?Akak beralih selera arini, kuey tiow goreng ngan roti jala ngan kuih bom ngan teh o jer *JER!*~hehehe.


Mi Bakso
Korang suker makan bakso? Masa akak kecik2 dulu, bakso ni dah ader dah kat pasar malam kiter. Orang indon gak la yang jual. 1st time nengok memey tidak menambat langsung selera akak ...sampai la ke saat ini. Lagipun tahap kebersihan pinggan mangkuk dan kuali yang digunakan...ehmmm....paham2 je la.

Dan yang terbaru ni, dari kompas.com dalam laporannya mengatakan bahawa kebimbangan terhadap penggunaan daging babi dalam bakso memang meresahkan penduduknya. 

Kemungkinan ini berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram."Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal. Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak," kata Ketua Harian Majlis Ulama Indonesia (MUI) Maruf Amin.

"Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu," katanya lagi.

Isshhh, macam maner yer? Susah la kalu macam ni..daging babi yang pucat tu kalu direndam dengan darah lembu akan memberikan warna yang serupa dengan daging lembu. Dah tentulah kiter tak dapat nak bezakan ye dak.

Dan pihak berkuasa agama diaorg pun tak dapat nak tangani masalah ni, meletakkan ia di tahap yang membimbangkan bagi orang-orang Islam di sana. 

P/S: Lebih gemarkan mi kari, mi sup dan mi rebus.

2 comments:

  1. alamak !!! dya peminat bakso nih...adohai..kene pencen mkn cm ni

    ReplyDelete
  2. @baby lydia

    pencen la dik..cuber mi kantonis plak hehehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates