Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia

Wednesday, December 12, 2012


Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Saper yang tak kenal dengan empunya diri di atas kan? Dulu, masa akak kecik2 time dekat2 nak ghayer, inilah orang yang dicari2, paling femes! Dalam masa 5 minit tu, arwah lah orang yang paling ditunggu2 oleh rakyat Malaysia di depan kaca televisyen. Walaupun, setiap tahun kiter dah tahu tarikh hari raya dekat kalendar, tapi masih jugak kiter nak melekat depan tv untuk tunggu pengumuman rasmi dari arwah, ye dak?

Dan biler confirm tarikh ghayer malam tu, memey riuh satu Malaysia dibuatnyer! Aperpun, sebagai hamba yang lemah kiter sumer perlu redha dengan ketentuanNya. Setiap yang bermula ada penghujungnya. Begitu juga dengan kehidupan. 

Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, telah pun meninggalkan kiter buat selama-lamanya di Hospital Selayang, kira-kira pukul 8.30malam tadi.Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu, Tengku Zahab, enam orang anak, empat darinya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai 1989-2011. Alfatihah...semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.~

P/S: Semangat ghayer dah tak macam dulu..sebab semangat nak cari duit lebih lagi huhu.

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM