Tuesday, December 11, 2012

# Jom Tambah Ilmu

Belum Jalan Dah Pandai Berenang!


Seperti itik di dalam air....William (Kiri) dan Ellenita.

GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk erjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.

Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.*Ya Allah, comeeiiiiiiiiiiiii budak2 ni!*

Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan keduan-duanya dilahirkan secara ceaserian enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat keetika bercuti bersama keluarga di Cyprus, Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.


William meniru kakaknya, Ellenita.

Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 35, membawa kembar berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang.

"Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sejauh 12 meter," kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang.

Sumber: HM


P/S: Akak dulu umur 9 bulan berenang gak. Tapi berenang dalam air liur sendiri la dok meleleh gitu wakakaka~



No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?