ruangiklan
ruangiklan

Friday, December 28, 2012

Gaji Minima: Kena Buang Lagi...

  No comments    
categories: 

Di sebalik pengumuman perlaksanaan gaji minimum untuk lebih 50,000 pekerja di 3,600 stesen minyak seluruh negara oleh PM April lalu, sekali lagi mereka akan dihimpit apabila Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) mahu mengurangkan pekerja kerana tidak mampu menanggung kenaikan kos akibat gaji minima yang bakal dilaksanakan berkuatkuasa 1 Januari 2013.

Alahaiiii..kasihan pada nasib para pekerja yang berkhidmat dalam bidang ni. Bertambahla penganggur tahun depan. Dengan pengurangan pengambilan penjawat awam lagi, yang ni pun nak kene buang lagi....hmmm.

"Perlaksanaan gaji minima akan meningkatkan kos operasi pengusaha melebihi 30%," kata Datuk Hashim, Presiden PDAM dalam sidang media, hari ini.

"Kos operasi akan naik, bukan gaji sahaja, tetapi juga KWSP, Perkeso, kadar masa lebih tinggi..keseluruhan struktur, segala-galanya akan meningkat," kata Hashim lagi.-yahoo.com

Walaupun, beliau menjangkakan separuh dari semua pekerja asing yang bekerja di premis itu tidak akan diperbaharui kontrak mereka..which is good so that orang tempatan ader peluang cerah untuk memohon pekerjaan. Tapi, yang tak bestnyer, pengurangan pekerja tu la....

Diharap kedua2 pihak mengambil langkah terbaik menangani masalah gaji dan kos operasi ni secara baik. Dua-dua pun nak win-win situation kan, jangan sampai rakyat yang jadi mangsa wokeh!~Peace

P/S: Pihak yang satu ni nak amik hati rakyat, pihak yang satu nu nak jaga periuk nasi. Yang kene kepit tengah-tengah sampai 'sesak nafas' orang sendiri jugak...


0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.