Breaking

Wednesday, December 19, 2012

GAMBAR: Bekas Imam Masjidil Haram Meninggal Dunia.


Allahyarham Sheikh Muhammad bin Abdullah al-Subbayyil

Bekas Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan juga Imam serta khatib terkenal Masjidil Haram Mekah, Sheikh Muhammad bin Abdullah al-Subbayyil selamat dikebumikan selepas solat asar semalam.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di masjid suci berkenaan. Allahyarham meninggal dunia dua hari lalu. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Maabdah, Mekah.

Allahyarham pernah menjadi tenaga pengajar dalam ilmu tauhid, tafsir, ilmu fiqh dan usul fiqh, ilmu faraid, nahu, balaghah, syair dan kesusasteraan di madrasah dan masjid-masjid.

Satu perintah diraja dikeluarkan pada tahun 1964 agar beliau dilantik sebagai imam dan khatib di Masjidil Haram, Mekah. Beliau juga dilantik selaku Pengerusi bagi tenaga pengajar dan pemantau (bahagian Agama) untuk Masjidil Haram.

Pada tahun 1970, Allahyarham dilantik selaku Timbalan Presiden (Agama), Bahagian Pengurusan Masjidil Haram, dan seterusnya dilantik selaku Timbalan Presiden Bahagian Pengurusan Masjidil Haram yang kemudian dijenamakan semula menjadi Bahagian Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.


Pada tahun 1991, beliau dilantik menjadi Presiden bagi jabatan tersebut. Beliau bersara pada tahun 2001 dan beliau juga merupakan ahli Badan Ulama' Senior dan Majlis Fiqh Rabitah Alam Islami.






sumber: billyinfo.blogspot.com

Mohon marilah sama-sama kiter membacakan al-Fatihah buat Allahyarham semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman. Sesungguhnya, kiter telah kehilangan seorang tokoh Islam yang disayangi ramai.

P/S: Orang baik-baik sumer 'pergi' dulu.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.