Breaking

Saturday, December 08, 2012

Gempa Bumi Kuat Melanda Jepun

Orang ramai berkumpul di stesen keretapi Sendai,selepas operasi
 keretapi dihentikan akibat gempa bumi kuat yang melanda
timur laut Jepun pada 7 Disember.

Satu gempa bumi kuat yang berpusat di timur laut Jepun menggegarkan bangunan sejauh Tokyo dan mencetuskan tsunami setinggi satu meter di kawasan yang dilanda bencana iaitu Fukushima, tetapi tiada laporan kehilangan jiwa atau kerosakan yang serius.

Gempa bumi dengan magnitud 7.3 yang dilaporkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat telah menyebabkan beribu-ribu penduduk dari persisiran pantai diarahkan berpindah serta merta ke kawasan yang lebih tinggi, namun amaran tsunami kemudian ditarik balik dua jam selepas gegaran melanda kawasan itu. 

Berikutan itu, terdapat gegaran susulan bermagnitud 6.2 selepas gempa bumi pertama, diikuti gegaran bermagnitud 5.5 pada skala Richter.

Beberapa kejadian tsunami kecil juga dicatatkan, termasuk ombak setinggi 45sentimeter di Bandar Soma, yang terletak hanya di luar zon pemindahan sekitar Fukushima, tempat berlakunya kebocoran radiasi, tahun lepas.

Pada Mac 2011, gempa bumi dan tsunami telah meragut nyawa hampir 20,000 orang dan mencetuskan krisis nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun, apabila loji nuklear Fukushima-Daiichi telah musnah dan membebaskan radiasi ke dalam udara dan air laut.

Jepun merupakan negara yang paling kerap dilanda gempa bumi dengan gegaran berlaku sekurang-kurangnya setiap 5 minit .

Sumber: www.yahoo.com

2 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.