Breaking

Wednesday, December 12, 2012

Kerana 21.12.2012 Bola Gergasi Jadi Bahtera Kiamat?

Morning glory everyoneeee!~ Ramai yang dok citer pasai tarikh arini, ader yang kata special la, ada ong la, tarikh cantik la. Tapi akak taknak citer pasai tu, akak nak citer pasai satu lagi golongan yang taksub dengan tarikh ni...21.12.2012.

Mengikut ramalan kalendar Mayan, dikatakan kononnya kiamat akan berlaku dalam masa 10 hari lagi. Astaghfirullahalazim! Orang Islam jangan percaya yer pleaseee. Bukankah kiter telah dimaklumkan Allah bahawa tiada satu manusia pun yang mengetahui tarikh sebenar kiamat ni melainkan Pencipta sekelian alam. Seperti dalam firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim."

                                                                (Surah Luqman: Ayat 34)

Terdapat juga firman Allah yang menyebut bermaksud;

"Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tapi kebanyakan manusia tidak megetahui."

                                                                (Surah al-A'raf: Ayat 187)

Dan wajib la korang tahu aper itu tanda-tanda kedatangan kiamat kan. Tambahan pula, kiamat terbahagi kepada dua, iaitu kiamat kecil dan kiamat besar. Ingat lagi tak? Kalu tak ingat, cari info mengenainya wokeh!~

Bola Gergasi atau 'Bahtera Noh'

Cer tengok gambar di atas? Itulah bola gergasi atau diaorg panggil 'bahtera Noh' yang kononnya dipercayai boleh menghadapi sebarang malapetaka. Alat ini yang diperbuat daripada gentian kaca dikatakan mengambil idea dari filem Hollywood, 2012.Hadowwww! Tu la manusia ni kalu dah terlebih 'cerdik'. nak dikatakan bodoh marah pulak! Terlampau giler sangat dengan filem yang merepek2 tu ni jadinya. Korang jangan tepengaruh macam mereka ni pulak, filem2 tu sumer hanyalah rekaan manusia semata-mata, pastinya tidak terbanding dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Kata Liu, dia membina Bahtera Noh itu di halaman rumahnya di Qiantun, Hebei menggunakan rangka besi."Alat ini boleh dijadikan sebagai tempat berlindung ketika berlaku bencana seperti tsunami dan taufan," katanya.

*dik nonnnn, telah jelas dalam al-Quran menyatakan bila tiba saat datangnya kiamat, ia lebih hebat dari tsunami tahun 2004 atau mana2 taufan yang pernah direkodkan dalam sejarah manusia. Hatta ko bina bola ni dari emas sekali pun, belum tentu dapat melepasi kiamat yang sebenar! Tiada siapa yang akan terlepas dik nonnnn...ini kan pulak bola dari rangka besi..hadowwww!~*

Kata Liu lagi, kapal itu dibina dengan teliti supaya kedudukannya stabil ketika terapung di atas air serta dilengkapi pendayung. Turut dipasang pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.

Awal tahun ini, Yang Zongfu, seorang ahli perniagaan mendedahkan alat keselamatannya bagi menghadapi bencana bernilai hampir RM740,000. Menurutnya lagi, alat bulat berwarna oren itu mempunyai 'simpanan dan penyambung hidup' mencukupi untuk satu keluarga tiga orang selama 10 bulan.

Maka, sebagai seorang muslim yang berpegang teguh pada ajaran Islam, wajiblah kiter menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama kiter dan bukannya pada filem yang mengarut2 tu! Semoga kiter beroleh perlindungan dari Allah dari kemusykilan yang ada...amin~


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.