Breaking

Thursday, December 20, 2012

Kes Gaduh, Azad Pertahan Diri.


Azad Jasmin

Ekoran dalam satu kejadian di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), seorang lelaki telah membuat laporan polis mendakwa dia dihayun dengan besi oleh seorang pelakon, kira-kira dua minggu lalu.

Akibatnya lelaki itu mendapat kecederaan di kepala serta dikenakan lima jahitan dan dua jari kirinya patah. Manakala, pelakon yang telah didakwa memulakan pergaduhan itu adalah pelakon, pelawak dan pengacara, Azad Jasmin.

Namun, dalam Harian Metro hari ini, Azad menafikan dakwaan dia memulakan pergaduhan tersebut. Sebaliknya, Azad menjelaskan kejadian berpunca apabila lelaki tersebut melanggar keretanya dari belakang sebelum turun dan mengetuk cermin keretanya.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Azad memberitahu ketika itu dia mahu mengundur kereta selepas membelikan nasi kandar kepada isterinya yang sedang sarat hamil 9 bulan kerana mengidam.

"Bagaimanapun, ketikah itulah kereta dianiki lelaki terbabtu melanggar belakang kereta saya dan terus turun mengetuk cermin kereta saya kerana tidak berpuas hati.

"Kemudian saya turun dari kereta untuk menyelesaikan hal berkenaan tetapi secara tiba-tiba saya dihampiri rakan-rakan lelaki itu dan terus menyerang saya," katanya yang dipetik dari akhbar Harian Metro, di dini, hari ini.

Tambahnya, ketika diserang dia terjatuh dan luka di kepala.

"Saya terpaksa mempertahankan diri dengan mencapai sebatang besi dan menghayunkan ke arah mereka. Saya terpaksa berbuat begitu kerana mereka berempat," katanya.

Azad turut memberitahu dia telah pun membuat laporan polis.

Malah suami kepada aktres Eira Syazira ini mengakui mengenali salah seorang daripada lelaki yang menyerangnya.

Pun begitu, dia menganggap kejadian itu adalah salah faham dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

sumber: mynewshub.com


P/S: Abah pesan, kalu kereta kene langgar, walaupun bukan kiter yang langgar jangan keluar dari kereta gatai2 nak pi check, takut nanti kene samun. Terutama dekat tempat yang sunyi.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.