Korek Telinga Untuk Rezeki Yang Halal

Saturday, December 15, 2012

Sesungguhnya, manusia dituntut untuk mencari rezeki yang halal agar sentiasa mendapat berkat dan ibadah kiter juga diterima Allah, kan? Begitu juga dengan profesyen seperti menangkut sampah, mencuci kereta dan sebgainya, walaupun ada lagi antara kiter yang memandang rendah terhadap orang yang bekerja dalam bidang ni, tapi kehadiran mereka tetap signifikan dalam kehidupan kiter seharian, tul dak?

Tapi, ader satu lagi profesyen yang jarang sekali kiter dengar @ lihat dalam masyarakat kiter. Dalam bandar besar macam KL ni, memang belum jumper lagi la. Tapi, kalu pencuri besi tu ramai la...!~ Yer, memang korang rasa geli aiihhhh korek telinga orang, but...hey, as long as ia kerja yang halal nothing else matter right? Menarik sungguh cerita ni..jom terjah!~(^_^)

Sadanand,35, tekun membersihkan
telinga salah seorang pelanggannya-MO

Sambil menahan kegelian dalam kesakitan, lelaki ini membenarkan telinga dikorek dan dibersihkan oleh seorang tukang korek telinga di India, dengan menggunakan jarum besi dan kapas.

Muhammad Abbas, 38, yang hanya berbekalkan jarum besi, penyepit dan gulungan kapas tidak segan dan malu untuk menjadi tukang korek telinga, demi mencari rezeki yang halal.

"Saya telah diajar oleh bapa saya yang mewarisi kepandaian ini dari datuknya. Keluarga kami telah membersihkan telinga sejak zaman Mogul.

"Saya membersihkan lebih 20-30 pasang telinga sehari, tetapi kebanyakan mereka adalah pelanggan lama. Saya jarang mendapatkan golongan muda untuk membersihkan telinga mereka. Mereka lebih suka menggunakan pengorek kapas," katanya lagi.


Menjadi tukang korek telinga sudah menjadi tradisi
warisan keluarga Muhammad Abbas.
Disebalik kebimbangan terhadap tahap kebersihan peralatan yang digunakan beliau, kebanyakan pelanggannya tidak bimbang tentang kemungkinan terkena jangkitan atau kecederaan ketika melakukan 'pembersihan' tersebut.

Muhammad Aslam Qureshi, pelanggan yang telah mendapatkan khidmat membersihkan telinga dari Abbas selama 17 tahun berkata, " Saya sentiasa mendapatkan khidmatnya. ia sungguh menenangkan dan hebat. Saya tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan telinga saya."

Seorang lagi pembersih telinga, Sadanand, 35, yang berkhidmat untuk pelanggan kelas atas di Connaught Place, New Delhi mendakwa, perniagaannya mula merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Apabila saya bermula kira-kira 20 tahun yang lalu, saya mampu membersihkan sehingga 50 pasang telinga dalam sehari. tetapi, kini saya sudah dikira bernasi baik jika saya dapat meyakinkan walaupun hanya 20 orang untuk mendapatkan telinga mereka untuk dibersihkan," katanya lagi.-MO


P/S: Kadang2 ader gak incik somi tolong bersihkan telinga akak ni...salah satu cara untuk roman-romantik laaaa~wakakakaka


You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM