Ole-ole Dari Melaka

Wednesday, December 26, 2012


Morning glory everyoneeee!~Bermula Sabtu lepas, akak berangkat ke Melaka untuk berjumpa My Pearls yang dirindui. Kami keluar dalam pukul 12.30tghari, singgah 'lunch' di Subang. Aper yang tak menariknyer, waktu kami tengah dating bergurau senda sambil makan, datang seorang lelaki dalam pertengahan umur yang sihat tubuh badan, jalan tk bertongkat tiada cacat cela pada anggota badan dan memakai pakaian sami berwarna kelabu.

Dengan muker tersenyum, dia tidak berkata apa2 hanya menadah tangan minta 'diisi'. Akak yang tengah sedap menyantap nasi lemak kukus ayam dara tadi, terkezut dan hanya mampu tersenyum dan membuat isyarat 'tidak' pada lelaki tersebut. Mak aiiii, akak cakap ngan incik somi,"Tegap dia berjalan, tongkat pun tkda, muka cantik berseri. Gigi putih tersusun rapi pun dok tadah tangan kat orang ka?".

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Selatan, memey giler JAM aritu! Ingatkan Jumaat malam tu saje ryang jam, ghuper2nyer membawak sampai ke Sabtu plak! Dekat pukul 6ptg baru kami sampai di Melaka...Alhamdulillah~

Seronok bukan kepalang dapat peluk cium My Pearls. Haihhhh, berbahagialah kamu yang tidak pernah berjauhan dengan anak-anak. So, the next day kami bawak mak & abah gi makan Nasi Arab di Senawang..jauh nun! Nama jer 3 simpang, tp nak sampai satu simpang tu pun dah dekat 20km! Tapi, memey best la Nasi Arab Al-Walid tu, kalu korang nak tahu lokasi dia kat belakang Giant Senawang tu. Tapi, sorry yer dik nonnn tk sempat nk snap, sebab lapo sgt kami melantak dulu la hehehehe. Next time i snap yek~

Tapi, ader satu yg akak nak share ngan korang...ini memey pure punyer dari Melaka. Kebanggaan orang Melaka...inilah dia....ASAM PODEH IKAN PARANG. Mak akak memey pro kalu bab masak asam podeh ni *air tangan mak da bestttt!*~hehehe




You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM