Pencuri Stokin Terlepas Di Chiba!

Saturday, December 15, 2012


Wahahaha..hahaha...hahaha hok ni memey lawak la hari Sabtu ni. Macam2 pe'el sungguh la manusia ni hehehe. Terbaru, ader plak pencuri stokin dikesan di Chiba, Jepun! Stokin pun ader orang hati ker nak curik???I dun understand this man...really clueless! Biasa dengar pencuri suar dalam & baju dalam, tapi yang ni memey la pelik bin ajaib hehehe~

CHIBA - Seorang pelajar perempuan sekolah tinggi diserang oleh pencuri stokin apabila dia ditolak ke tanah  ketika sedang berjalan sebelum pencuri itu mencabut stokin yang dipakai di kaki kirinya sebelum melarikan diri di Ichihara, Chiba, kata polis.

Menurut laporan polis, pelajar berusia 16 tahun itu sedang berjalan pulang ke rumah dari sekolahnya pada kira-kira jam 5.30 pm pada hari Khamis, di mana insiden itu berlaku, lapor TV Asahi. Pelajar itu mengatakan bahawa tiba-tiba penyerang itu menarik kakinya, menolak dia jatuh ke tanah dan mencabut stokin dari  kakinya. Walaubagaimanapun, polis berkata pelajar itu tidak mengalami kecedaraan dalam serangan tersebut.

Penyerang tersebut berjaya meloloskan diri selepas kejadian itu. Dia digambarkan berusia dalam 30-an, 160cm tinggi dan memakai jaket berwarna hitam.

Polis berkata, mereka percaya insiden ini mungkin ada kaitan dengan tiga kejadian serang yang sama yang telah dilaporkan sejak September lepas, di mana pelajar perempuan sekolah tinggi juga diserang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.-japantoday.com

Hahahahahaa, tengok tu! Haddowwwww..tak tahulah nak dibuat aper dengan stokin tu yer. Ni gelak tak habis lagi ni hehehe.

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM