Thursday, December 27, 2012

# Islam Point Of View

Pesan Nabi...


Morning glory everyoneee!~Tapi, pagi ni tak berapa glory la, dok baca paper ader plak berita sedih! Kenapa ye, kiter ni suka sangat mendera anak2 kecil? Padahal yang dikandung itu anak kita, darah daging kita, keturunan kita, keluarga kita, waris kita....kenapa yer? 

Artikel HM
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah."
                                                                        (Riwayat Bukhari & Muslim)

 Dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w sangat menekankan kita supaya menahan emosi ataupun jiwa dan tidak marah dengan menjelaskan pahala orang yang memiliki sifat mula tersebut. 

Imam Ahmad Hanbal meriwayatkan dalam musnadnya dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;

"Tidak ada teguran yang lebih dicintai Allah dari teguran kemarahan yang ditahan oleh seorang hamba tidak menahannya kerana Allah kecuali pasti Allah akan memenuhi jiwanya dengan iman."

Marah

  • Suatu perubahan sikap yang terhasil ketika menggelegaknya darah dalam hati untuk menghasilkan kelegaan dalam dada.
  • Menurut pendapat Al-Jurjani, marah juga bererti menghendaki kemudaratan kepada orang yang dimarahi. Maka, lawan marah itu ialah redha.
  • Sesungguhnya Allah menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat manusia. 
Kekuatan marah itu terbahagi kepada 3 peringkat:
  1. Tafrith (Ketiadaan sifat marah)
  2. Ifrath (Sifat marah yang melampau)
  3. I'tidal (Pertengahan antara marah dan tidak marah)
Tafrith
  • Tafrith ialah tidak ada kekuatan marah itu pada seseorang itu atau kekuatan marah itu sangat lemah, sifat seumpama ini adalah tercela iaitu, orang ini dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu dalam diri.
  • Imam Syafi'e berkata," Orang yang diperbuat sesuatu ke atasnya supaya dia menjadi marah, lalu dia tidak marah, maka orang itu seperti keldai."
  • Hasil sifat marah yang lemah ini menyebabkan tiada harga diri sama sekali untukmenentang sesuatu yang menganggu kehormatan peribadi dan kehormatan isteri.
  • Dia bersifat acuh tak acuh sahaja ketika dirinya dihina oleh orang lain. Dia merasakan dirinya terlalu kecil dan rendah untuk mempertahankan peribadinya dari kecaman orang lain.
Ifrath
  • Ifrath adalah sifat marah yang berlebihan sehingga melampaui batas kebijaksanaan akal dan agama. Orang seperti ini buta tuli dalam menerima setiap pengajaran.
  • Apabila diberi nasihat, nescaya dia menolaknya, bahkan bertambah kemarahannya, dan apabila dia memperolehi cahanya dari sinar akalnya dan ia mahu kembali kepadanya, nescaya dia tidak sanggup menerimanya kerana sinar akalnya sudah padam dan terus lenyap dengan asap kemarahannya.
  • Di antara tanda-tanda marah pada zahirnya ialah perubahan pada warna kulit, menggelerak kaki dan tangan, kelakuan yang tidak mengikut ketertiban dan ketentuan yang biasa.
  • Gerak geri tidak menentu, percakapan bercampur suara marah keluar dari rahangnya, mata merah padam dan lubang hidup kembang kuncup.
I'tidal
  • I'tidal adalah sifat marah yang sederhana. Sesiapa yang marahnya terlalu lemah, sewajarnya dia mengubati dirinya menjadi sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama.
  • Sesiapa yang marahnya berlebihan dan melampaui batas, maka sewajarnya dia mengubati dirinya supaya berkurangan marahnya, di tengah-tengah antara marah yang lemah dan marah yang berlebihan dan marah yang sederhana ini adalah jalan yang lurus.
Menurut Ibn Qayyim, marah itu ada 3 bahagian:

1. Marah sekadar marah sahaja.
  • Orang yang marah  pada mulanya, tapi masih menyedari apa yang diucapkannya dan apa yang dilakukannya dan masih memikirkan kesan-kesan yang mungkin akan terjadi sekiranya dia marah.
2. Marah yang melampau.
  • Marah diperingkat ini sudah seperti orang yang dirasuk syaitan atau orang gila. Fikiran dan pandangannya sudah gelap sehingga tidak sedar lagi apa yang diucapkannya, tidak menyedari apa yang dikerjakannya dan tidak menyedari kesan akibat kemarahannya.
3. Marah yang sederhana.
  • Orang yang betul-betul marah, tapi masih menyedari perbuatan dan pertuturannya. Dia mempunyai rasa malu dan takut.
Bagaimana Mengawal Kemarahan?
  • Berwudhuk- merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah, kerana ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai penyiramnya. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dicptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk."
                                                                      (Hadis Riwayat Abu Daud)      
  • Ubah posisi duduk- Ketika marah, eloklah kita ubah posisi kedudukan kita. Bila marah dalam keadaan berdiri maka, eloklah kita duduk supaya kemarahan itu beransur hilang, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Da kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring."
                                                                                 (Riwayat Muslim)
  • Tenangkan hati dan tarik nafas dalam2- Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam supaya oksigen dalam sampai ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat menrungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.
  • Berdiam diri apabila marah- Diam itu lebih baik. Apabila kita diam, ia bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar.
  • Minum air- Minum air juga boleh meredakan amarah. Kita akan berasa lega dan tenang kerana air dapat menyejukkan tubuh.
  • Menyampaikan kemarahan secara positif- Apabila kita marah, kita terdorong untuk meniggikan suara. Seeloknya, kita cuba mengawalnya baik-baik dengan 'slow talk' dan tidak memekik atau menjerit-jerit.
  • Keluar dari rumah- Bila marah seeloknya keluarlah rumah untuk menghirup udara segar.  
Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabu Muhammad s.a.w:"Berpesanlah kepadaku." lalu bagina bersabda:"Jangan marah." Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda:"Jangan marah."
                                                                                 (Riwayat Bukhari)

Sebenarnya, sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah s.w.t dan RasulNya.




No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates