ruangiklan
ruangiklan

Monday, December 10, 2012

Ribuan Askar Israel Bunuh Diri Kerana Trauma.



Trauma akibat perang sememangnya biasa bagi mangsa-mangsa perang di mana-mana negara hatta di Palestin. Tapi, pelik sikit dalam hal perang di Gaza ni. Si pemangsa pulak yang TRAUMA! Tentera zionis laknatullah ini pun tidak terkecuali dari cengkaman trauma psikologi yang menimpa anggot-anggota  mereka, sehinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri!

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang,yang diketuai oleh Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel menghadapi tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.


"Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dengan operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hari, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada di pihak yang benar.

"Selepas menemubual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya merasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.

"Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah  manakala 17.4% menyedari tingkah laku mereka memalukan.

"Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.

"Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan al-Qassam.

"Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur 8 tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya." kata Bleich.


Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi. 

"Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri.", katanya.

Sumber : mynewshub

P/S:Allahuakbar! Allah Maha Besar!

0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.