Tadika Sri Anakanda & Nasi Arab

Sunday, December 30, 2012

Semalam, 29hb 2012 memey hari yang busy betul bagi kami. Kalu tahun lepas My Pearl, Hazwani bersekolah di tadika yang dekat dengan rumah, tahun ni akak nak letak dia dan adiknya, Mira dekat skek dengan opis akak. Senang kalu ader aper2 hal, akak boleh terus ke tadika diaorg kan.

Kalu tadika dulu, banyak yang akak tak puas hati tapi takyah cerita la kat sini k. Aper yang akak nak citer ialah pasai tadika baru ni. Sebenarnya, dari tahun lepas akak dok survey tadika lain tuk anak2 akak. Carik punyer carik, akhirnya kawan akak introducekan Tadika Sri Anakanda ni.

So, kami tiba di tadika kira2 jam 9pagi, dan taklimat ringkas oleh Guru Besar Pn Hjh. Fauziah sangat ringkas tapi terperinci. Ramai betul parents yang mai, mengikut info dari pihak tadika Sri Anakanda, lebih 120 kanak2 berumur 4,5 & 6 tahun untuk tahun 2013. Tibalah masa untuk bayar yuran pendaftaran dan baju sekolah etc.


Taklimat ringkas oleh Pn Hjh. Fauziah

Sesi pendaftaran & bayaran yuran

Disebabkan tahun depan Mira dah umur 4 tahun, so akak decide nak masukkan dia sekali dalam tadika supaya cepat belajar menulis dan membaca. Kalau nak tahu, Mira ni agak 'pelat' skek hehehe, so biarlah dia belajar awal. Gedebak gedebuk punyer kira, yuran pendaftaran untuk dua orang anak akak jadik RM1600++, walaupun korang mungkin fikir ia agak mahal tapi pada akak ok la tu kot hehehe. Lagipun, program pembelajaran diaorg ni untuk sampai bulan 12 nanti, so takyah lah akak susahkan wan & atuk diaorg untuk jaga diaorg kan. Biar pegi sekolah sampai ujung tahun hehehe.

Ok! So, dah settle satu bab daftar tadika, akak dan incik somi pun berangkatla pulang ke Melaka untuk berjumpa anak2 dara yang dua org tu hehe. Tapi, di pertengahan jalan tu kitaorg lapo la plakkkkkk! So, kitaorg singgah pekena NASI ARAB di Senawang!Perrghhhh, nasi arab best in town yo! Rugi kalu tak datang sini...(^_^). Ni pun, abg ipar chek yang perkenaikan hehehe....


Nasi Arab Al-Walid
Nasi arab di kedai ni memey menjadi pilihan akak dan incik somi, nasi dia bestttttt, ayam dia bessssst, kambing dia bessstttt, yang paling syiokkkkk tu...HARGA dia bessstttt! Even Nasi Arab Al-Rawsha takleh 'celen' tau *akak dah try memey tk dpt menambat hatikuhehehe~

Ni akak punyer,syiokkkk wo!

Ni incik somi punyer, dia memey peminat kambing
setia ahakzzzzz~
So, makan dah settle perut dah penuh muker aler senyuummmmmmm!hehehehe. Tengoklah 'couple' tua ni senyummmmm~

Wakakakakakaka

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM