Breaking

Friday, December 14, 2012

Utusan Kalah Saman Lagi...Macam Biasa.

FOTO yahoo.com

Mahkamah Tinggi hari ini telah memberikan RM50,000 kepada peguam Karpal Singh  sebagai ganti rugi selepas mendapati Utusan Malaysia bertanggungjawab untuk fitnah berhubung artikel pada tahun 2008, di mana ia memetik pengerusi DAP itu sebagai menolak Islam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad, apabila membacakan penghakimannya pagi ini, walaupun akhbar berbahasa melayu itu telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf dan menarik balik laporannya dalam tempoh 24 jam, artikel tersebut telah menjadikan Karpal sebagai subjek utama dengan tujuan untuk menghina dan mencemuh.

Beliau turut menambah bahawa pada tarikh penerbitan artikel tersebut, 25 Ogos 2008- satu hari sebelum pilihanraya di Permatang Pauh- dan hakikat bahawa ia diterbitkan di dalam media arus perdana adalah dengan "niat tidak baik."

"Merujuk kepada fakta bahawa plaintif adalah pemimpin dalam parti gabungan  Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa penerbitan artikel, ia mungkin ditafsirkan bahawa ia (artikel tersebut) telah menjejaskan peluang untuk menang dalam pilihanraya tersebut.", kata hakim.

Karpal telah memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan Malaysia milik UMNO pada tahun 2008, mendakwa kenyataanya telah disalah ertikan dalam sebuah artikel yang ditulis oleh editor berita, Zulkifli Jalil.

Artikel itu, "DAP Diingat Jangan Bakar Perasaan Melayu", adalah berdasarkan ucapan Karpal dalam Kongres Kebangsaan DAP yang ke-15 pada tahun itu, di mana Zulkifli kononnya menulis bahawa ahli politik  itu telah menolak Islam sebagai agama rasmi negara.-yahoo.com



2 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.