Thursday, September 27, 2012

Mati...Bersediakah Kita?

Thursday, September 27, 2012 0 Comments
Assalamualaikum,

Hari ini agak tidak 'menyihatkan' bagi akak sekeluarga..anak2 selsema dan batuk, akak pun sama sampai suara lembut dah jadi suara 'macho'..tido pun mulut ternganga sebab hidung tersumbat *tabiat bila idung tersumbat*. Bila bukak facebook terima pulak berita sedih pemergian seorang rakan sekolah dulu akibat demam panas.

So, malam ni akak nak cakap pasal mati. Korang mesti tertanya, naper ckp pasal ni? Malam Jumaat plak tu?Hellooooo..kita tak selamanya hidup sayanggggg, blog akak ni bukan setakat untuk berkongsi momen2 gembira dalam hidup tapi juga sebagai medium untuk kita saling ingat-mengingati tentang perkara2 yang baik dan yang boleh dijadikan pengajaran. 

Ape itu mati? Dah tentu sume orang tahu ape itu mati kan. Kematian pasti akan datang bila sampai waktunya tanpa mengenal status, umur, kasta dan agama. Pernah tak korang memikirkan tentang mati dan tetiba hati korang rasa sayu dan hiba sehingga mengalirkan air mata membayangkan keadaan yg bagaimana nyawa kita akan ditarik malaikat Izrail? Membayangkan diri kita yang penuh dosa dan belum sempat untuk memohon ampun kepadaNya?Kalu belum buat, cuba buat sekarang dan bayangkan...korang pasti akan mengalirkan air mata.

Dalam al-Quran juga ader menjelaskan perihal tentang kematian.

"Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
                                                                     (Surah Ali Imron: ayat 185)


Sebagai orang2 Islam yang beriman, maka wajib kita percaya bahawa kita akan menempuh saat kematian itu bila waktunya telah tiba. Tiada sesiapa pun yang boleh menangguhkan kematian, dalam hal ini al-Quran turut menjelaskan,

Katakanlah : "Aku tidak bisa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun tidak (pula) mendahulukan(nya).
                                                                            (Surah Yunus : ayat 49) 

Maka, disebalik dalil2 dalam al-Quran dan kita mengetahui tentang kebenaran kematian itu adakah kita telah bersedia sepenuhnya untuk menempuhinya? Adakah kita akan mati dengan membawa bersama dosa2 atau amal soleh yang kita lakukan di dunia? Itulah yang selalu akak tanya pada diri sendiri dan saat itu akak tak dapat menahan air mata ini. Diharap entri ini dapat menjadi muhasabah diri buat korang dan untuk akak jugak supaya kita tidak mudah leka dan terpedaya dengan keseronokan dunia yang hanya menyesatkan. Mengingati mati akan menjadikan ibadah kita lebih berkualiti dan konsisten maka, digalakkan kita untuk sentiasa mengingati kematian. 

P/S: al-fatihah buat yang telah kembali kepadaNya...

Tuesday, September 25, 2012

1 Privilege Card a.k.a Discount Card

Tuesday, September 25, 2012 0 Comments

Assalamualaikum everyone,

Hari ini Encik Suami bawak balik something 'special' dari opis. Korang mesti dah tau kan kiter dah letak teranggggg terangggg dekat title atas tu hehe. Tapi kita still nak story skit pasal benda ni maklumla semangat shopping tu lain skit kalu ader special kad camni...membaraaa!wahaha...So, let's go to the topic pleaseeeeee....

This card is called 1Privilege Card *(sorry yer i kene speak london sebab nak bagi bunyi tu kene dengan nama kad ni hehehe...gediks aku ni!). Kad ini khas untuk warga ATM dan PDRM saje yer..yg lain2 siler pakai kad kredit dulu huhu. So, jom kiter rollllll picture!heheeeee...



Siap ada 'manual' lagi hehehe


1Privilege Card ini bukan macam kad kredit ok tapi macam kad diskaun untuk barang2 yang terpilih sahaja..nak tahu barang aper kiter boleh dapat diskaun dengan kad ini? Jom kiter rolllll lagik kat bawah..!
.
.
.
.
.
.
.
.
.

~Kat sini kiter boleh dapat diskaun!~ *sengetkan leher anda seketika yer*

 Kiter tak tahulah naper plok gambar ni boleh jadik teliang(senget-*cakap kedah), segan nak edit mata dah merayu mintak rehat. So, inilah antara senarai barang2 yang kiter boleh dapat diskaun antara 5% hingga 50%. Dah tu dok tunggu apa lagi...bagi yang bersuamikan warga ATM dan PDRM gunakan hak anda dengan bijak...wahahahaha! Selamat bershopping dalam mimpi!(^_^)~

Kekal Di Ingatan...

Tuesday, September 25, 2012 0 Comments
Assalamualaikum,

Nak masuk tengahari ni mulala mata berat, mulut kesat, perut seperti disagat-sagat (tak pasti aper maksudnya tp nk bgtau perut ni lapo).Bagi melancarkan perjalanan darahku yg tersekat di 'medula oblongata' dan mencargaskan otak beku*(ejaan betul "mencerdaskan" ye...sajer gempak lebih!), maka baik aku mula pikir aper  nak tulis heh. Tapi kiter tulis ni ala2 cerpen pendek jer tau kalu tak best geleng paler je la yek hehehe *tulis ikut suka jiwa jer*.

"Memulakan hari dengan bismillah diikuti jalan 'jam' yang seolah2 takkan pernah berakhir, kerja opis yang menjadi amanah diri serta melayan keletah anak2 daraku menjadikan hidup ini lebih sempurna dari sebelumnya. Tatkala memandu sendirian ke tempat kerja, otakku ligat menerjah ke masa silamku..masa remaja dan sekolah, remaja dan sahabat baik, remaja dan cinta, juga remaja harapan mak dan abah. Terkadang senyuman menguntum dibibir mengenang kenangan manis dan indah bersama mereka2 yang pernah hadir dalam hidupku. Dan memikirkan bagaimana semuanya kehidupan ini aku lalui dengan penuh kesyukuran kerana masih dikurniakan nikmat dan rahmatNya yang tak terhingga. Benarlah bahawa setiap ketentuanNya pasti terselit kebahagiaan cuma kita tak mampu menafsirkannya.

Suratan atau kebetulan..itulah yang pernah aku ungkapkan dulu bila memikirkan segala kejadian yg berlaku dalam hidupku ini. Apapun pengalaman yg aku lalui dulu menjadikan aku lebih bersyukur melalui hari-hari yang akan mendatang. Dari alam remaja hingga dewasa dan kini, perubahan fasa kehidupan yang telah aku tempuhi dari seorang bayi-->kanak-kanak-->remaja-->wanita-->isteri-->ibu cukup memberi impak kepada keyakinan diri serta semangat yang kuharap dapat dijadikan sebagai motivasi untuk permata2 hatiku nanti. Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka berdoalah padaNya kerana Dia tidak pernah mengecewakan doa2 orang yang beriman."

Aaaaaaaa ok tak cerpen pendek kiter..cam berterabur je kan? Merapu pun ye jugak ni..ha ha maklumla kita bukan pro-cerpenist kita amatur-cerpenist jeeeee hehehe. Ahhhhh! waktu rehat dah! Jom kiter sek fannnnnnnn...baca bismillah dulu yek!(^_^)



Thursday, September 20, 2012

Baru Tak Baru

Thursday, September 20, 2012 4 Comments
Assalamualaikum...

Oohhh terasa macam budak tadika je diri ini..baru sekarang nak 'create' blog baru padahal blog lama ade dah, cuma lama tk update smpi terlupa teman 'password'nya huhu. So, sekarang ni la baru gediks nak bukak yg baru...(teruja baca blog orang, so mulala gatal tangan nak menaip jugok huhu). Ahhhh tak kisahla asalkan tercapai jugak hasratku ini.

So, disebabkan lama dah tak berblog maka kita pun dah lupa cara2 berblog ni...kene introduce 'myself' ker? Takyah la kot nooo...lama2 nanti korang tau la bagaimana diri kita ni yek hehe (takde pape yg best pun nak citer pasal diri ini tu yg malas nak taip bebanyak hehe).


Raya 2012

Rasa banyak giler kita nak taip kat sini tapi otak macam berterabur sikit tak reti nak 'organise' ayat2 power huhu..dah la tu kita tak reti nak buat bahasa 'blog' ni (huh..ade ke gitu?). so kalu ada yang tak paham tu...layan je la yek hehe.

So, 1st story untuk jam ini ialah pasal hari raya..(walaupun dah habis tetap kita nak citer jugak!). Memandangkan tahun ni 1st time dapat beraya kat kampung so kita raya sakan la..memang kita jakun dapat balik raya sebab sblm ni kita keje syif so, kalu tk dapat raya tahun tu, pagi raya kita dah tersedu2 depan pc huhu. My Precious Pearls paling happy sebab tahun ni diaorg dah besar sikit dah faham ape itu Bulan Ramadan & Hari Raya, so memang teruk jugak la kita kene 'paw' baju raya dengan duit raya hehehe~(demi my Pearls relaku pujuk).