ruangiklan
ruangiklan

Wednesday, October 10, 2012

Riadah Hujung Minggu...Cruise de Melaka.

 Assalamualaikum everyone

Kalu korang berjalan2 atau bercuti di negeri Melaka, tempat maner yang best untuk korang pergi? Kat Melaka ada macam2 tempat yang menarik untuk dilawati. Dari zoo ke tempat2 bersejarah yang masih terpelihara sehingga kini. Tidak ketinggalan pilihan medan2 ikan bakar yang tidak kurang hebatnya di sini. Kalu korang nak naik kapal Belanda tu pun boleh tapi kapal tu dah banyak tahun tak belayar..sebab duk atas jalan raya jer heeeheeee.

So, ahad lepas kitaorng pun tidak ketinggalan untuk menikmati hujung minggu bersama tapi kali ini special sikit sebab Pak Uda diaorg pun ader sama. So, memandangkan Pak Uda diaorg 1st time jejak kaki di Melaka, kami pun bawa dia 'round' sekitar bandar Melaka tapi korang bayangkan lah..walaupun akak orang Melaka tapi tak pernah lagi akak masuk tempat2 yang pelancong duk biasa pergi tu. Hari tu, ditakdirkan rezeki kitaorg maka dapatlah kami naik kapal...tapi kapal ni sure memang boleh belayar atas air yer.

So, tempat yang kitaorg pergi ni namanya Melaka River Cruise. Biasa akak balik kampung lalu depan tempat ni macam takda perasaan jer..tapi hari tu terasa macam pelancong pulak hehehe...kalu tak kerana Pak Uda yang ajak kami, mungkin sampai bila2 pun akak sekeluarga takkan sampai naik bot tu *eh, bot ke kapal yer?...belasah je la!*
sempat lagi beli eskrem tuh!

Pak Uda beli tiket

pemandangan dari atas jeti


Sedang tunggu giliran


Khusyuk betul encik suami makan eskrem...atau nerves nak nek bot?hehehe
"Peace!"...ready nak nek bot teruja bebenor yer.

Yeahhhh!kitaorg dah naikkkkk...sempat Pak Uda sengih kat belakang.

Tiket untuk dewasa berharga RM10 & kanak-kanak berharga RM5 jer..yang ni harga untuk penduduk tempatan means Malaysian jer..tapi kalu korang pelancong asing harga tiket akan naik sedikit la yer..tapi memang menarik! Inilah 1st time akak nek bot 'cruise' ni, kalu kita dah duduk dalam bot baru kita boleh nampak kecantikan pemandangan sungai Melaka dan kawasan penempatan sekitarnya. Rata2nya semua bangunan dan rumah2 di sepanjang sungai dipelihara oleh kerajaan Melaka untuk mengekalkan kecantikan dan keaslian rumah2 dan bangunan2 lama. Yang lain tu korang layan la sendiri k hehehe.....rollllllllllll!                          .
                                                       .
                                                       .
mini pirate park

antara jambatan yang ada

Lagiiiiiiii....

hotel lama di seberang sungai

pemandangan dari dalam bot

antara lukisan mural yang menjadi daya tarikan pelancong

menunjukkan kepelbagaian makanan tradisional pelbagai kaum.

Lagiiiiiii.....

Bangunan lama zaman penjajah Belanda

pemandangan balkoni sebuah rumah...masih berpenghuni tau.

Kincir air dilihamkan oleh K.M Melaka 

Nampak tak biawak kat tebing tu? Biawak di sini dibela dan diberi makan oleh orang2 kat River Cruise Melaka ni dan memang menjadi 'duta' khas.

Lagiiiiii......

Perkampungan Morten

Ader juga homestay di sini ..so korang takyah gi duduk jauh2.

Melaka pun ader pokok kayu bakau tau..pokok ini tumbuh secara semulajadi di tepi sungai Melaka.

Antara hotel yang terdapat di sini...kalu ader duit banyak boleh tidur di sini yer hehe.


Lagiiiii....Dah habis la.



Bubye Melaka...jom kiter balik ;)


Monday, October 08, 2012

Dari Anak Ibu...Precious and Priceless.

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum everyone,

Korang tau kan manusia maner yang tak gembira biler diberikan hadiah, ye dak? Especially kalu hadiah itu datangnya dari orang yang korang sayang ketat2 *suka sangat ayat ni hehe*. Terlebih terharu lagi kalu hadiah itu mereka buat sendiri untuk korang...mesti rasa hiba sangat sampai rasa nak nangis jer kan?hehehe..akak macam tu la gayanyer.

My Pearls pun tak ketinggalan dalam bab ni, tak sangka pulak diaorg begitu sentimental sekali hehehe *yang ini pure ikut ibunyer*. Sebelum akak berangkat pergi kursus aritu, diaorg sempat order kereta racing la, patung barbie la, mainan masak2 la, reben la..habis sumer nak disebatnyer. Tapi tak sangka pulak biler akak balik kampung nak jemput diaorg, ader plak hadiah paling indah diaorg buat untuk ibu diaorg ni....nak tengok?? Tuuuuuuu diaaaaaa....


Hasil nukilan My Pearl..Hazwani, so suweetttt <3

Gambar ayah dan ibu yg tersgt cumels..tapi yang sebelah tu katanya
gambar pinggan ader nasi dan lauk hehe.


Gambar pertama yang my Pearl lukis untuk akak dan encik suami, very talented dan unik tau. Hakcipta terpelihara yer hehehe..original from My Pearls. So, sempat jugak my Pearl cakap.."bu..nanti gambar ini ibu tampal kat opis ibu tau..". My Pleasure sayang2ku...ibu sayang korang ketat2 no matter what. Nah, sekarang officially, gambar ini telah pun melekat dengan kukuh di dinding opis ku heeeeee :D

cumels sangat...melengkapkan pemandangan indah dindingku.

thank you sayang my Pearls...love you big and bigger and biggest.


P/S: Anak2 adalah anugerah Allah yang tak ternilai oleh material..sayangi dan asuhlah mereka dgn nilai kasih sayang yang sebenar.

Sunday, October 07, 2012

Transformasi Diri dan Organisasi di D'Ambang Resort.

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum everyone,

waahhhhhh lama giler akak tak update blog yer..memang busy giler akak minggu lepas. Tetiba dapat emel kene gi kursus kat Pekan, Pahang plak tu. Kelam kabut akak susun atur jadual harian dan perjalanan tuk anak2..dan akhirnya diaorg kene amik EL so, seronok la tak gi sekolah kan. Tapi takla semudah tu akak nak bagi 'lepas' ajer kan hohohohoho..noooo wayyyyy! Akak dah standby homework lagi tuk diaorg masa kat kampung nanti, so takde la nak main je kannn... *sorry kalu tak faham akak main taip jer ni dah merapu ni*


So, kursus akak bermula 1hb Oktober- 4hb Oktober 2012. Bermulala perjalanan di pagi Isnin dengan bas, dalam perjalan tu boleh plak tersosek hehe. Selepas 5 jam baru la kami sampai di destinasi yang betul.

Dengan kepenatan yang melampau dan perut yang lapar kami tiba di D'Ambang Resort, Pekan Pahang dengan selamatnya hehe. Dah dapat kunci terus kami merehatkan diri dan mengemas apa yang patut.


Pintu utama D'Ambang Resort
tempat beradu

pemandangan 'chalet' dari luar

Disebabkan kami sampai tersangatla lambat, maka petang itu tiada aktiviti lagi buat kami so akak amik kesempatan ini tuk berposing sakan la kan. Maklumla resort ni terletak berhadapan dengan Sungai Pahang jadi rugi kalu kiter tak amik gambar tau hehe.

Inilah Sungai Pahang..mendamaikan tul tak??
mek ni suka posing menegak hehe

berlatar belakangkan Sungai Pahang...cun woo!

So, malam pertama tu bermulala 'ice-breaking' antara peserta kursus dan dibahagikan kepada kumpulan masing2...haaa ni kumpulan akak--> CERIA. Kalu tengok dari bendera yang kami reka dan riak muka kami yang masih cuak dan penat..memang tak ceria tapi nak bagi tambah semangat sikit la kan, baru ader rasa enjoy maaa!Layannnnnnn....


Lukis logo bendera macam nak lukis pelan bangunan...
serius pokcik2 ni hehehe.


Ini ubat kuat..kalu takda ubat ni alamatnya lentokla kami hehe.
CERIA...Separuh siap

Hari ke-2, ke-3 dan malam penghabisan kami habiskan masa untuk aktiviti lasak seperti 'jungle-trekking', 'rafting', 'high-rope', 'flying-fox', 'water-confident' dan 'mini-war game'. Memang enjoy giler kami sumer sampai pokcik2 yang dah masuk umur 5 siri tu pun dan macam 1 siri dah..hehe. Tapi sayang tak dapat nak snap gambar sebab tak digalakkan bawa gadget yang canggih manggih ni..kalu ilang tanggung sendiri la yer huhu. Tapi, dapat jugakla akak merasa berakit di Sungai Pahang ni, kalu nak suruh buat rakit tu memang kacang peas je la *amboiiiii berlagak tak hingat dunia yer*.

Jungle-trekking tu senang jer sebab trek diaorg mendatar jer tapi pacat memang banyak giler dalam hutan tu..so, korang kalu nak masuk hutan tu jangan berangan nak pakai seluar pendek atau baju lengan pendek yer...merasala ko spa pacat free nanti!wahahaha....


Yang paling akak gerun masa buat high-rope..baru ku tahu aku ni gayat sebenarnya. Ganas giler nak panjat tali dan kayu2 atas pokok tu..mengucap tak habis akak dibueknyo..apokan dayo kono habiskan jugak lo hehehe.



senget pulak...inilah high-rope. Nampak jer rendah dan senang..
kalu nak cabar diri inilah tempatnyer, ader beran??

So, inilah yang terjadi selama 4 hari akak kat sana..mula2 memang cuak dikkk. Dahla jauh dari family, tv takda, radio takda, wifi pun semput2 ajer. Tapi bila dah lalui sumer aktiviti tu baru kiter tahu potensi diri kita yang sebenarnya..dan of course la sumer tu boleh di apply di alam pekerjaan nanti. Jadi, kalu korang berhajat nak bercuti atau berkursus di tempat2 yang indah semula jadi datanglah ke D'Ambang Resort Pekan Pahang. For sure, makanannyer besttttttt....hehe. Dahla, akak ngantuk...bantal dah panggil tu hehe. Layan je la gambar kat bawah ni yer....

Woman Power..JMM gurls.

Bersama kak Ina yang suweettttt.

Rakan sebilik...korang memang sempoiiii terbaik!

Macam tak khusyuk jer kan?hehe

ni sumer mak budak dah...


Bergambar di jeti 

Bersama dengan jurulatih En Mohd. Rosdi

Dari kiri: En. Sarudin(hero mini-war game), En. Din, 
Kak Ina, Akak, Kak Marina dan Yana.

P/S: korang nak tahu lebih lanjut tentang D'Ambang Resort? Pergi kat sini http://www.d-ambangresort.com/

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.