Wednesday, January 30, 2013

# Anything and Everything

3000 Remaja Lulus Latihan Ketenteraan Hamas.

Remaja menunjukkan aksi memegang senapang
di Semenanjung Gaza.

GAZA – Lebih 3,000 remaja Palestin lulus dalam sesi pertama latihan ketenteraan anjuran pihak Hamas di Semenanjung Gaza.

Program bertujuan memupuk generasi pemimpin baru dalam perjuangan menentang Israel ini adalah pembelajaran elektif ditawarkan di setiap sekolah sejak September tahun lalu.
Jurulatih program, Abu Hozifa berkata, di samping penyediaan dari segi mental dan kecergasan fizikal,remaja ini juga diajar menghormati bendera dan lagu kebangsaan dan mengukuhkan persaudaraan.

“Sesi sejam setiap minggu menyaksikan pelajar diajar memanjat bangunan, melompat melalui halangan dan merangkak di bawah kawat berduri selain dilatih menggunakan senjata ringan,” katanya.
Menurutnya, latihan ini juga dapat melahirkan pakar perang yang berpengetahuan dan mampu bertempur dengan musuh Islam.
Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh berkata, beliau telah mengarahkan menteri pendidikan untuk menubuhkan sebuah kolej tentera sepenuh masa bagi melatih lebih ramai tentera muda Palestin. – AP
Sumber
P/S: Remaja kiter pun 'pegang' senjata gak..tapi 'pegang' dalam game je la.

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?