Aku Review: Burger Bakar Abg Burn..3rd time!

Saturday, January 26, 2013

Kelmarin kami terjah lagi Abg Burn! Walaupun waktu ni Wani still lemah tapi demam dah kebah skit berbanding malam sebelumnya. So, malam kelmarin ntah naper tetiba incik somi ngidam burger bako plak hehe. Jadi, untuk tidak menghampakan impian incik somi tu maka kami pun mencari burger bako yang sedap. Dan sasaran kami tak lain tak bukan ialah Burger Bakar Abg Burn!
So, sampai kat sana kami terus order burger yang diidamkan, orang pun tak berapa crowded jadi sesuaila kalu nak makan ngan keluarga kan. Untuk Wani & Mira kami orderkan burger bakar 'Cheesy Supremo' 1 set kongsi dua org. Kenit tau bebenor diaorg ni kalu makan mesti tak habis punyer. Burger ni sesuai untuk budak2 yang tak sukerkan sos. Asalkan budak2 ni makan ye dak.


Wani with monyok face.

Mira with bulat eyes~


Cheese Supremo 1 set
Untuk Kenit dan incik somi plak, kami order lamb cheese 1 set setiap seorang...pasai kami peminat tegar daging kambing hehehe. Kalu nak ikutkan fakta kesihatan, lamb lebih kurang kolesterolnyer berbanding beef kan, jadi bukan saja perut terjaga, kesihatan pun terjaga hahaha. Tapi, lamb cheese kami ada tambah spesel skit...

Lamb cheese + salami~ ni eden punyo!~

Lamb cheese + turkey ~ ni incik somi punyo!~
Disebabkan incik somi yang belanja, maka tak boleh la aku lepaskan peluang ini! Jadi, malam tu pun Kenit rembat sekali 2 pek DURIAN CREPE! wahahahaha~ tamak haloba bagai order sampai 2 pek..!





Takyah la kENIT nak ngomel pasal kesedapan dan keenakan dan kelazatan burger bako abg Burn ni. Korang kene pegi sendiri dan experience it for yourself! Haaa...speaking mak!hahaha. Tapi, memey berbaloi kami makan malam tu...dan kalu korang bercadang nak singgah nanti kat mana2 gerai burger bakar abg burn ni..pastikan korang jangan makan nasik! Kalu tak, konpem korang tak boleh habis ini burger tau! 

And, so for the durian crepe..dapat gak Kenit merasa dengan puas kali ni! Thank you incik somi for this superb treat! (^_^)

Artikel Berkaitan



You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM