Akukah Yang Jakun?

Saturday, January 19, 2013

Wah! wah! wah! Kemain sakan anak2 dara aku menghadap kartun arini. 5 hari kene 'kuarantin', maka hari ini lah hari membalas dendam hehe. Celik mata jer pagi tadi, siap mandi dan makan, terus mintak men game. Yang Mira syok tengok 'boypren' kembar dia.

Tadi, diaorg mintak tengok kartun lagi. Its ok, ibu bagi...it's still Saturday kan hehe. So, sambil2 diaorg tengok, aku skodeng gak takut2 diaorg klik mende lain kang. Aku kat dapur tengah goreng cucuq, terdengar dua beradik ni gelak sakan kat depan. Haiihhhh...kelako sangat ker kartun tu??


Biler aku skodeng aper yang diaorg tengok, tetiba aku...WHOAAAAA!WHOOAAAA!FUYYOOO!
Yerp, aku mengaku aku jakun. Jakun dengan apa yang aku tengok tadi. Jangan risau..nanti aku bagi korang tengok jugak hehehe. Korang dah tau kot...aku ni besela,ketinggalan kapal terbang sokmo hehehe.

Hidup2 aku ingatkan diaorg tengok kartun, ghupernyer bende ni yang dia layan selama ni. Patutla khusyuk jer nengoknyer. Dan, sekarang aku plak yang syok nengok sama hehe. Pandai pulak budak2 ni cari video pasai game ni, sifunya tak lain tak bukan...Wani la...haihhhh~


Hahahaha amacam? Ternganga tak korang? Aku ternganga dibuatnyer ko! Seriously, aku tak pernah tengok lagi game cenggini. Dia 'masak' real! Memey advance orang Jepun ni! Anak2 aku relaks jer nengok...biler aku cakap, "fuyoooo!wow!real laaaa....", Wani cakap," ibu baru tau ker...ape la ibu ni". T_______T*budak zaman sekarang........*

Yang paling aku takleh terima tu, kentang yang 'digoreng' tadi macam kentang goreng yang dah 'dimasak'. Wah! ini kalu dapat kat budak2 ni, konpem la boleh bukak 'gerai' depan umah. Mujuq ada juai kat Jepun ja hehehehe~


You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM