ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, January 08, 2013

Bolehkah Cabut Uban?


Peningkatan usia biasanya dikaitkan dengan uban memutih di rambut. Namun, bagi sesetengah kes ada juga kanak-kanak yang mempunyai uban di usia yang muda. Kebanyakan dari kiter menganggap uban di rambut menjadikan kiter nampak lebih tua, maka ramai yang mula mencabutnya.



Ramai juga yang tak tahu apa hukumnya mencabut uban, walhal terdapat hadis-hadis yang melarang perbuatan itu. Malah, dari sudut sains juga tidak menggalakkan kiter mencabut uban.  Mari kiter terjah pandangan dari sudut Islam dahulu.

"Janganlah engkau semua mencabuti uban, seban uban itu adalah merupakan cahaya seorang Muslim pada hari kiamat."
                                                             (Hadis Riwayat Abu Dawud & Termidzi)

Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua.-al Muhtaj, kitab al-udhiyyah : 4/374.

Nabi s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud;

"Sesungguhnya uban itu cahaya orang muslim."
                                                                      (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dari perspektif sains juga, mencabut uban adalah tidak digalakkan. Seorang pakar trikologi di Klinik Philip Kingsley, New York, Cunnane Phillips berkongsi pendapat bahawa perbuatan mencabut uban tidak mendatangkan sebarang faedah. Sekiranya ia dijadikan tabiat, ianya akan mendatangkan kesan yang tidak ideal terhadap folikel rambut .

Tambahnya lagi, rambut yang dicabut seringkali tidak akan tumbuh semula dan akhirnya akan memberi 'mesej' kepada folikel bahawa rambut tidak perlu dihasilkan di kawasan tersebut.

Akibatnya, folikel rambut mengecil dan tidak lagi menghasilkan rambut lantas mebawa kepada masalah botak.

P/S: Orang beruban pun cute aper, cer tengok George Clooney tu...awww!hehehe.

0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.