ruangiklan
ruangiklan

Friday, January 18, 2013

CUEPACS Mahu Elaun Tetap Rumah Naik RM480??

  No comments    
categories: 
Berita gumbira??Berita gumbira?? Adakah??Adakah?? Hehehe jangan gembira duluuuu...lum dapat lagi pon!Tapi, isu elaun rumah ni telah lama dibangkitkan oleh CUEPACS lama dah. Jadi, inilah masa terbaik untuk CUEPACS bangkitkan semula..lebih2 lagi nak PRU 13 dah ni kan hehehe.

Presiden QUEPACS, Omar Osman.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kesatuan itu sudah pun memohon kenaikan elaun terbabit sejak lima tahun lalu."Jadi, saya berharap elaun itu dapat dinaikkan pada kadar RM480 daripada RM180 sebulan. Jumlah itu pun sebenarnya masih rendah jika mengambil kira dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di kawasan bandar memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja.

"Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak di sini hari ini.Omar berkata, pihaknya juga memohon kerajaan segera mempertimbang dan meluluskan permohonan penurunan faedah pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus.-UO

Kalu menjadi, ia sudah satu rahmat dan nikmat. Aperpun, kiter tunggu jela respon dari Kabinet dapur mengenai permintaan CUEPACS ini. Korang rasa melampau ker diaorg mintak elaun rumah sampai RM480?? Aku rasa tak..RM180 tu dah tak relevan lagi la yop! Tambah yang duduk kuarters, kene potong separuh atau penuh..lagi sengkek!

Tapi, SEELOKNYA elaun rumah ni diselaraskan di semua peringkat gred dari gred 1 sampai 40. Kalu dapat ikut gaji, baik toksah la...yang dapat banyak yang di atas tu jugak. Yang di bawah ni...masih merangkak. (weh, aku bersyukur tau hehe) Kalu sumer orang dapat amaun sama barulah adil (ke guaner?) dan konpem takda orang komplen (kot) hehehe.


P/S: Majulah penjawat awam untuk rakyat Malaysia hehehe~

0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.