Hampir Dirempuh Babi Hutan.

Thursday, January 10, 2013

Hehehehe biler terbaca artikel pasai babi hutan ni, teringat aku suatu peristiwa yang aku alami 4 tahun lepas. Masa tu, aku masih tinggal dan keje di Kuantan. Keje plak keje syif, pasti ada syif malam dan syif siang kan.

Ditakdirkan hari itu aku keje syif malam, dan waktu itu Pantai Timur masih dalam musim tengkujuh. Maka, malam tu hujan renyai2 la. Aku drive sengsorang malam tu...kira2 kul 7.30mlm macam tu. Dan waktu tu, aku sedang sarat mengandungkan Mira. Niat asal nak amik cuti awal, tapi kukira waktu tu kalu amik cuti sangatla rugi sebab tak rasa anak bersalin lagi kan. So, aku keje cam biasa je la.


Opis aku ni dalam kem tentera air-force kat batu 10 tu, so memang ada la sekor dua ekor babi hutan biasa berkeliaran kat tepi2 semak kat ujung 'runway' tu. Tapi tak pernah 'face-to face' lagi hehe. Dulu pun kawasan keliling air-port tu memey hutan, maka tak hairanlah kalu ader babi hutan kan huhu.

So, back to the story..malam tu ujan renyai2. Aku pun bagi 'high beam' (lampu tinggi) sebab kabus agak tebal dan tak nampak jalan. Dengan tak semena-mena, berdessuppppppp sekor babi hutan jantan besar gedabak GILER berlari ke arah kete kebal aku! Lebih besar dari babi hutan yang kene tembak di bawah ni!

Gambar :HM
Sempat plak aku nengok muker dia waktu hehehe. Taring panjang GILER! Badan besar GILER macam anak badak sumbu! Warna dia kelabu, tinggi rasanya paras cermin kete aku tu. Telinga kicik jer tapi hidung dia...mak aiiii panjang macam pinocchio hahaha~*dashyat ko nim!*

Dengan pantasnya, aku brek mengejut la aper lagi..mujur waktu tu aku bawak dalam 40km/j jer. Dah la perut memboyot waktu tu terserempak plak ngan babi hutan yang cuba nak rempuh aku. Pucat GILER muker aku, 1st time jumper babi hutan yang besor GILER! Mengucap panjang aku lepas tu, ingat dah takda dah kat dunia ni....

Balik keje aku citer kat incik somi, dia cakap babi hutan suka kuar lepas hujan dan sangat tertarik dengan cahaya mungkin sebab tu dia cuba nak pergi ke arah kete aku. Ohhhhhhh patutlaaaaaaaaaaaaaa....kan malam tu aku bagi 'high beam', tu pasal la dia rempuh!

Hampeh punyer babi hutan....

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM