Tuesday, January 29, 2013

# Made In China

Keadaan Sebenar Apartment Di Hong Kong. (5 Foto)

Biar betik (betul)??? Bukan buah betik tu huhu. Macam tak percaya jer tengok apartment di Hong Kong sebegini ghuper! Memang nilai hartanah dikatakan semakin tinggi dari tahun ke tahun.  Jangan kata kadar jualan, sewaan juga turut sama. Pemandangan yang bakal korang saksikan ini adalah pemandangan yang sangat biasa di Hong Kong, namun bagi aku....ia agak...extreme??


Padat dan rapat 
Ermmm...cam umah burung plak~
Cam sarang burung walit pun ada gak~

Fuh! pack giler..camner nak duduk? difahamkan ader beratus2 tingkat dan dan sangat tinggi. Kalu orang gayat cam aku, memey tak 'pas' duk umah camni hehehe. Tu baru luarannya, dalamannya aku rasa mungkin sempit kot.

Lagi satu, kalu kes takda air dan lif pulak buat hal! Dah jadi double trouble! Belum sampai tingkat 5 korang dah putus oksigen huhu. 

Disebabkan beberapa isu yang tak dapat dielakkan, hanya 23.7% tanah di Hong Kong yang dibangunkan. Dan daripada peratusan itu, hanya 6.8% digunakan untuk membina tempat penginapan penduduknya. Jadi secara tak langsung, Hong Kong adalah negara dengan manusia paling padat di satu kawasan di dunia. Bayangkan satu kilometer persegi dihuni oleh 6,400 penduduk. Secara tak langsung, maksudnya banyak apartment atau kondo tinggi di Hong Kong di satu kawasan untuk menampung semua penduduknya. Cuba tengok sendiri keadaan tempat tinggal itu.-info: sumber

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?