Kitab Al-Quran Terbesar Di Dunia.

Friday, January 11, 2013



Seorang penulis kaligrafi dari Afghanistan menghabiskan masa selama 5 tahun untuk mencipta al-Quran terbesar di dunia dalam usaha untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Afghanistan kaya dengan warisan budaya dan tradisi yang telah terjejas akibat peperangan selama 30 tahun, tetapi masih dapat dipertahankan.




Kitab suci itu dengan muka surat berukuran 2.28meter panjang dan 1.55meter lebar telah disahkan sebagai terbesar di dunia oleh kementerian haji dan hal ehwal agama Afghanistan, mengikut pusat budaya Kabul  yang menempatkannya.

Al-Quran Afghan itu mempunyai berat 500kg dan sejumlah 218 mukasurat yang diperbuat daripada kain dan kertas, terikat di dalam penutup kulit timbul yang dibuat daripada 21 ekor kulit kambing, dengan kos berjumlah RM1.5 juta.


Sumber:www.zurmat.com

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM