Wednesday, January 09, 2013

# Lelaki

Lelaki Pun Mahu Kelihatan 'Jelita'.

Benarkah apa yang aku baca ni?? Adakah kerana pengaruh k-pop yang menyebabkan keadaan ini? Benarkah lelaki di Malaysia ini pun mahu kelihatan 'jelita' dan 'jambu' seperti mat-mat korea tu? Samada benar ini sumer adalah penangan k-pop atau tidak, yang pasti kaum lelaki khususnya belia mula mengambil langkah drastik ini untuk kelihatan 'sempurna'.



Biasanya perubatan kosmetik hanya dilakukan oleh kaum wanita, tapi kini turut dipraktikkan oleh kaum lelaki. Mereka menjadikan artis k-pop sebagai rujukan untuk mengubah bentuk wajah samada, membuat dagu terbelah dan runcing, memancungkan hidung. membetulkan tulang pipi serta mengambil suntikan vitamin C supaya kulit muka lebih cerah.

Ader juga yang bertindak keterlaluan dengan melakukan 'liposuction' @ penyedutan lemak di dada, perut dan paha bagi mendapatkan susuk tubuh yang menarik supaya lebih sesuai dengan bentuk wajah yang diubah.

Kos untuk mengubah wajah pula menelan belanja yang besar menyebabkan ramai dalam kalangan 'lelaki jelita' itu mendapatkan rawatan di pusat kecantikan dan bukan di klinik yang bertauliah.-hmetro.com

Mata yang sepet dibulatkan, mulut yang nipis ditebalkan, pipi yang gebu dikempiskan, rambut yang pendek kemas dipanjangkan hingga tak nampak telinga..kadang2 aku pun konpius diaorg ni lelaki sejati ke tak? Takde kemaskulinan langsung dari riak wajah. Tidak menunjukkan kejantanan...

Ni kalu balik jumpa mak abah, mamp** kene perambat dengan paip besi tau tak! Tak mengaku anak sat gi. 

P/S: Kenape kaum lelaki tak mau ikut sunnah Nabi s.a.w? Tak perlu bedah sana sini..berjanggut pun dah dapat pahala sunnah. Senangnya buat pahala kan?(^_^)


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?