Macam Ni Pun Boleh Ka?

Monday, January 21, 2013


Aiyaakkkkk! Zaman sekarang ni apa pun boleh jadi yek. Geleng kepala aku baca citer tu. Tengah sedap2 ngunyah buat tembikai susu hampir nak tersedak dibuatnyer. *huh, tu drama jer tu*


Bejat sungguh gejala buang membuang ni yer. Dari buang bayi, buang mak buang ayah, buang saudara, buang keluarga...dan terbaru yang barangkali akan menjadi trend terbaru dalam masyarakat kiter (nauzubillah!)...BUANG MAYAT!

Dah tu pulak mengikut apa yang aku baca ni la yer,
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang
ditemui di Jalan Mawar, Puchong.

Puchong: Satu mayat lelaki dibungkus kain dipercayai sengaja ditinggalkan ahli keluarganya di tepi rumah seorang wanita di Jalan Mawar, Batu 13 1/2, Puchong di sini kerana tiada wang mengebumikannya, pagi semalam.
Walaupun terdapat kesan luka di leher mayat itu, tetapi siasatan polis mendapati ia kesan pembedahan dilakukan sebelum ini. 
Mayat berkenaan ditemui seorang pekerja kilang ketika mahu memasuki kawasan rumahnya, jam 7.50 pagi.-HM
Aku tak tahula apa yang tersarang dalam kepala hotak keluarga si mati...tergamakkah mereka meninggalkan si mati di tepi rumah orang lain....T_T
Aku cuma rasa...mereka PASTI ada alasan dan sebab yang MUNASABAH meninggalkan mayat ahli keluarga di tepi rumah orang lain. Kita tak boleh dengar citer di sebelah pihak saja kan...?Hurmmm.....

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM