Messi Terbaik Dunia.

Tuesday, January 08, 2013



Anuegrah Ballon d'Or FIFA 2012 menjadi milik Messi selepas pemain Barcelona itu memecahkan rekod dengan menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya mengatasi legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972.

Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga.





Dalam majlis Anugerah FIFA yang diadakan di Zurich, Switzerland itu, Messi menerima 41.60 peratus undian mengatasi Cristiano Ronaldo (23.68%) dan Iniesta (10.91%).

Dia menerima Anuegrah Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009 sebelum memenangi Ballon d'Or FIFA pada 2010 dan 2011 apabila gelaran berkenaan digabungkan dengan anugerah Ballon d'Or yang dianjurkan oleh majalah France Football.

Penyerang legenda Brazil, Ronaldo dan pemain tengah Perancis, Zinedin Zidane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali namun bukan secara berturut-turut, manakala Michel Platini memenangi anugerah Ballon d'Or tiga kali berturut-turut pada thaun 80-an - Reuters


You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM