Sunday, January 27, 2013

# Cerita My Pearls

Minta Maaf..


Pagi2 diaorg dah berebut mainan baru beli malam tadi kat Uptown Damansara. Yang Wani siap bagi warning order kat Mira jangan kacau dia main.

 Yang Mira buat muka selamba tak jawab sepatah. Tengah syok main Wani datang dekat dan 'menceroboh' kawasan Mira. Aper lagi, 'perang' sakan dia dua beradik! Inilah masanya 'panglima tentera' nak join sekali..dua2 aku marahkan! 5 minit pastu Wani hulur 'bendera putih' salam tangan adik dia hehe..rasa nak tergelak aku tekup bantal kat muka menahan gelak. 

Tergoyang2 badan hahaha. Macam2la pe'el anak2 zaman skrg ni.  Kalu time gaduh memang 'kaw kaw' punyer diaorg bagi. Sampaikan dengan aku sekali join sama hehe. 

Tapi nama pun dah adik beradik gaduh kot mana pun 5 minit pastu dia gelak ketawa balik. Mereka tak mudah berdendam apatah lagi gaduh kejap je. Kadang2 dalam hal sebegini kita yang kene belajar dari budak kecil, ke guaner?                                       

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?