Friday, May 10, 2013

# Gajet # Teknologi

My Ephonelution.

Assalamualaikum!~

Masih ingat handphone pertama anda? 'Perkenalan' kita dengan teknologi smartphone menjadikan kita sentiasa tercari-cari smartphone yang sesuai dengan keperluan semasa & akses yang lebih luas untuk keselesaan kita.

Bilamana orang lain sudah ada Nokia 3310 (paling popular masa tu), Kenit yang agak ketinggalan, masih guna housephone hehehe. 'Perkenalan' Kenit dengan handphone pertama bermula masa Kenit Form 6.

Sejak dari itu, evolusi smartphone Kenit pun bermula.....



NOKIA 5210

Inilah handphone pertama Kenit . Harga semasa pada waktu tu RM800. NOKIA 5210 ini adalah pemberian dari seorang hamba Allah yang pernah dekat di hati ini suatu ketika dulu. Aperpun itu cerita lama...

Oleh kerana bukan Kenit yang beli, maka Kenit terpaksa sorokkan dalam sarung bantal, pastu Kenit peluk bantal tu bawak gi dapur, gi bilik, tengok tv taknak abah tahu. Tapi, akhirnya kantoi jugak depan abah ekekekeke.

Ader juga Kenit dengar orang panggil NOKIA 5210 ni handset kondom?? Betul ker? Pasai dia boleh tanggal macam kondom ker?wakakaka~ 



NOKIA 8310

Then, Kenit bertukar angin plak guna NOKIA 8310 ni. Actually, handphone ni abang Kenit yang sulung punya. Ya Allah! punyerla comei handset ni dik non! Kecik halus jer keypad dia. Kenit sangat sayang handset ni tau. 'Housing' dia boleh tukar2, dah tu cantik2 plak tu! Kalu pegi kedai, poket Kenit mesti 'rabak' sebab beli 'housing' dia je!




NOKIA 3220

Bila Kenit dah keje dan kene transfer ke Kuantan, Kenit berkenan pulak dengan NOKIA 3220. Pada masa tu, harganya ialah RM600, so Kenit bayar half abah sponsor half hehe.  Yang menariknya handphone ni, ader lampu berkelip2 kat tepi 'body' dia tau. So, Kenit suka tunggu lama skek biler orang call nak tengok lampu lip lap tu hahaha.




NOKIA 6630

Handphone NOKIA 6630 ni Pak Jelan belikan untuk Kenit. Mahai jugak RM800++ gitu. Ader gak orang gelar handphone ni handphone binjai..gamaknyer dia macam buah binjai kot. Handphone ni banyak berjasa pada Kenit. Faham2 je la kalu pegang handset tu kadang2 jatuh memanjang! Tapi, handset ni tak pernah menghampakan Kenit...TAHAN LASAK! Jatuh la berapa kali pun, tertanggal 'kulit' depan belakang berapa kali takleh nak kira dah pun, ia masih berfungsi dengan baik hehe.Tapi handset ni berat skek la dari handset lain..mungkin tu la dia tahan lasak kot.


NOKIA E72

Kemudian, Kenit beralih arah plak ke model NOKIA yang canggih manggih sikit ni hehe. NOKIA E72 ni Kenit beli masa dapat bonus kot huhu. Gold kaler menjadi pilihan Kenit. Kenit suka dengan NOKIA E72 ni sebab aplikasi dalam sistemnya sangat sesuai dan advance berbanding jenama NOKIA yang lain. Harga masa tu dalam RM1,000++. 

Paling menambat hati, 'casing' dia bukan plastik macam handphone lain, macam besi gitu hahaha. So, nampak macam eksklusif la kan kan kan kan (^_^).


Samsung  S Advance
Setelah sekian lama Kenit guna brand NOKIA, tiba masa untuk Kenit UBAH hehe. Samsung telah menjadi jenama paling menonjol dalam dunia gajet. Masa brand Samsung menjadi kegilaan umat manusia, NOKIA dah jatuh tersungkur di bawah! Last time Kenit usha jugak NOKIA model Asha & Lumia. Tapi, tidak berjaya menambat hati ini hehe...

Samsung S Advance ni Kenit beli kat Amcorp Mall, harga yang diaorg offer RM980. So, campur aksesori lain gedebak gedebuk dekat RM1,100 gak Kenit kene huhu. Tempat lain Kenit survery ader yang letak sampai RM1,150++ (handset jer). So, now Kenit pakai yang ni je la...sumer apps pun ader. Game berlambak jangan cakap la. Yang penting GPS dan Quran mp3 mesti ader. Nak tukar lagi...??? Haaa Kenit dok kenen ke Pak Jelan Note 3 & Samsung S4 hehehe.

# Sedangkan handphone pun kita sentiasa tukar dan berubah-ubah. Begitu jugalah kehidupan ini, perlukan perubahan untuk jadi lebih baik dari sebelumnya kan? Sentiasalah berdoa supaya KEIMANAN & KETAKWAAN kita kepada Allah s.w.t bertambah hari demi hari, bulan demi bulan tahun demi tahun. Bukan hanya bermusim.....

Wallahualam~ (^_^)

6 comments:

  1. sis pun dlu mcm tu jugak..banyak kali tukar phone..
    sharing is caring..bgus pengisiannya dik...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih krn sudi singgah ye kak (^_^)

      Delete
  2. hehe..saya jarang guna phone..hoho..tu yg kadang2 mak ke spa2 marah..lol
    tapi phone dlu2 lagi best..nak taip senang dan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lama ada sentimental value, yang baru ada commercial value hehehe.

      Delete
  3. Dulu pakai sony ericson taip sms tak tengok pun tekan mana tapi yang jenis touch screen sekarang kena tengok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulakkkk..dah lama2 nanti biasa la tu (^_^)

      Delete

Apa kata korang?