Rezeki Lahir Hari Maulidur Rasul.

Thursday, January 31, 2013


JOHOR BAHRU – Dua pasangan kembar antara 51 bayi yang lahir pada sambutan Maulidur Rasul pada 24 Januari lalu bertuah apabila dapat membawa pulang seekor kambing yang dijual pada harga RM1 sahaja.

Harga seekor kambing semurah itu ditawarkan oleh pengusaha ternakan kambing terkenal di negeri ini, Osman Goat Farm.

foto:kosmo
Ibu kepada salah seorang pasangan kembar itu, Sharifah Fatimah Syed Ali, 35, melahirkan rasa syukur kerana hasratnya untuk membuat akikah terlaksana dan ia menjadi lebih bermakna apabila dapat membeli seekor kambing dengan harga paling murah.
“Bayi kembar saya iaitu Marya Madhiha dan Mayra Mahdiyah sepatutnya dilahirkan lebih lewat daripada tarikh itu tapi Alhamdulillah lahir pada hari sambutan Maulidur Rasul, itu dinamakan rezeki anak,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan kambing di Osman Goat Farm, Kangkar, Tebrau di sini semalam.
Hadir sama ialah Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Puteri Wangsa, Datuk Halim Suleiman.-kosmo
Itulah yang dinamakan rezeki anak. Beruntung sungguh la ibu-ibu yang melahirkan anak pada tarikh istimewa ini. Bukan saja berkongsi tarikh lahir dengan Rasulullah s.a.w, tapi dapat pulak bawa balik kambing dengan harga RM1! Semoga murah rezeki pakcik Osman ni yer (^_^)

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM