Wednesday, January 09, 2013

# Cerita My Pearls

Sebab Aku Takleh Jadi Cikgu...

Semalam dan hari ni diaorg ada kelas mengaji di sekolah. Biler balik umah, excited sungguh bercerita masing2 dapat baca buku Iqra' dengan lancar. Wani memang aku tak nafikan terbukti lancar bacaan dia, sebab tahun lepas aku dah start ajar dia mengaji.Jadi memey takda masalah kalu nak suruh dia baca baris atas, baris bawah dan baris depan.



Mira plak baru nak start mengaji tahun ni secara serius. Tahun lepas ader gak dia 'interframe' ngaji ngan aku tapi jenis ngaji+main. So, tadi aku tengok buku Iqra' Mira, dia dah dapat 5 bintang. Semalam dia dapat 2 bintang pun dah riuh satu umah. Ni 5 bintang melompat2 la dia sambil jerit, "Buuuu...Mira dapat banyak bintang buuuu yea yea!", sambil tunjuk buku Iqra' dia pada aku.

Jadik, aku pun nak test jugak la budak cinonet ni kan haha. 


Ibu: " Cuba Mira baca kat ibu, ibu nak dengar."

Mira:"Ok...alif di atas alif..."

Ibu: "Ehhhh, pesal pulak alif di atas alif?? alif di atas aaaa..."

Mira: " Alif di atas aaaa..."

Ibu: " Camner Mira boleh dapat bintang ni....?"

Mira: " Cikgu bagi Mira laaaaaaa...."

Ibu: Hmmmmmm T_______T

Yang Wani plak, disebabkan terlalu excited di sekolah dia mintak tulun aku plak dengar dia baca di umah. Maka, lepas solat Maghrib tadi dia pun duduk menghadap aku dengan buku Iqra' dia. 4 muka surat pertama baca memey lancar, "alhamdulillah, pandai anak ibu baca. Tak sia2 ibu ajar dari tahun lepas." So dia sambung baca, masuk muka surat ke 5, dah tergagap-gagap. 

Ni la satu pe'el aku yang aku sendiri tak suker. Masa mula2 ajar Wani membaca samada mengeja atau menyebut perkataan memang betul2 mencabar kesabaranku. Separuh jalan mengajar aku dah temper dah! Mesti ada 'hanger' kat tangan standby nak babab Wani. Kesian dia....budak2 baru nak belajar mestilah ada salahnya....memang aku rasa bersalah! Tapi, aku tak tahu naperla aku ni mudah temper kalu bab2 mengajar budak2 ni. 

Bukan takat anak2 sendiri, anak orang pun aku takleh nak ajar, mesti suara aku naik tinggi semacam jer. Tu pasal la kot aku takda rezeki nak jadi cikgu kan...

Dan aku sangat2 respek kat atuk diaorg yang memang sangat berbakat dalam bab mengajar ni. Punyer la sabar abah aku bile mengajar Wani mengeja & membaca hehe. Aku yang dengar pun, temperature dah mula naik haha tapi abah aku selamba cooooooooool jek senyum kat cucu dia! Hasilnya...Wani dah pandai baca buku cerita kanak-kanak!

Gituler beza orang tua ngan orang muda mengajo ye dop? *eh, aku muda yer?hehehe*.

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?