Friday, January 18, 2013

# Story Kenit

Tengkuk Terkehel.

Arrghhhhhh! Memang sakitttt...cukup tak selesa biler tengkuk terkehel atau tegang urat ni. Nak tunduk sakit..nak dongak sakit..kalih kanan sakit..kalih kiri lagi sakit! 

Bangkit tido pagi tadi, tengah syok nak menggeliat, tetiba rasa tengkuk ni macam nak 'tertanggal' dah! Incik somi cakap, "Tido tak berkalih (beralih) la tu". Hurmmm...mungkin kot sebab semalam tido lambat huhu (wah wah wah jangan mikir sembarangan donggggg)


Berjalan pun sambil tangan kanan pegang tengkuk arini. Sakitnyer tu dari belakang tengkuk membawak ke  urat di bahagian pelikat. Nak pandang kiri kanan pun perlahan jer ..macam 'slow motion' gituuu hehehe. Waktu nak berjalan ke meja tadi, sekali lagi aku pegang tengkuk dan pegawai aku ternampakla...

"Naper Nim, sakit kepala ker?"

"Bukan...tengkuk terkehel...bangun pagi tadi dah sakit"

"Oohh..tido macam maner?"

"Tido lama tak beralih kot...tu yang sakit tu"

"Saya ada cream sapu, nak? Cream Syifa..tapi berangin skit la"

"Boleh jugak...saya pun dah teruk ni, nak tunduk pun sakit."

Dia pun bagi aku cream Nur Syifa ni..


Lepas sapu baru lah lega skek noooohh~ Boleh gak tunduk skit2 alhamdulillah~Masa nak pegi kat meja pegawai tu, dia kata orang2 dulu kalu sakit tengkuk disebabkan salah tido, ada perghtua yang boleh menghilangkannya. Betul atau tidak, mujarab atau tidak aku tak tahu pasai aku pun tak pernah try lagi hehe.

Nak tahu perghtua dia?

  • Bantal tido yang kita guna tadi kita tepuk-tepuk kemudian jemur kat luar.
ATAU
  • Bantal tido tadi kita 'pukul' balik kat tengkuk kita (pukul jangan kuat sangat)
Betul ker ada perghtua sebegitu? Aku tak pernah dengar lagi..korang? Atau ada perghtua lain?



Tried to maintain my happy face wahahaha~ Siap pegang tengkuk lagi tu padahal sakitnyer takleh nak senyum haha poyos anim ni!


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?