Tuntutan Pelarasan COLA Anggota ATM Sedang Dikaji

Thursday, January 31, 2013



KOTA KINABALU: Jawatankuasa Tribunal Khas sedang mengkaji tuntutan pelarasan elaun sara hidup (COLA) anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan menambah baik kualiti perkhidmatan awam.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata jawatankuasa yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam dijangka dapat menyelesaikan perkara berkaitan termasuk soal gaji dan pelbagai elaun lain yang diberikan kepada ATM selepas pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
"Tuntutan itu tidak melibatkan pihak kementerian dan pemberian COLA juga mengikut kemampuan kerajaan dan bergantung kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Pemberian COLA dan pelbagai elaun lain bukan satu hak penjawat awam, sebaliknya ia adalah keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan berdasarkan sifat keprihatinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesihatan dan derma darah siri 1/2013 sempena hari ulang tahun 5 Briged Infantri Malaysia ke-49 di Kem Lok Kawi, Kinarut di sini, Rabu.
Bagaimanapun, katanya, tiga cabang tentera negara iaitu ATM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 15 peratus menerusi Sistem Saraan Malaysia (SSM) Plus pada Belanjawan 2012.
Abdul Latiff berkata ATM turut menerima kenaikan elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan mulai Januari lepas bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota ATM.
Dalam pada itu, Abdul Latiff turut mengingatkan anggota tentera supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa khususnya dalam usaha mempertahankan keselamatan negara. 
Kaji jangan tak kaji heeeee....

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM