What Is Wrong With The Muslims?(Malay subtitle)

Friday, January 11, 2013




Di hari Jumaat yang sungguh barokah ini, ingin aku kongsikan suatu video yang telah menarik hatiku untuk mengenal gerangan lelaki yang berjaya menjadi ikon Islam seluruh dunia.

Walaupun beliau telah tiada lagi di dalam dunia ini, namun dakwah beliau masih diteruskan melalui video-video dan ceramah-ceramah beliau yang aku yakin, telah disambut baik oleh seluruh masyarakat dunia. Betapa tegasnya arwah dalam menyampaikan dakwah kepada non-muslim yang ketika itu.




Beliau yang aku kagumi ialah Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat, pendakwah bebas yang sangat mahir dalam subjek 'comparative religion' @ perbandingan dalam agama. Beliau sangat mahir dalam mentafsir kitab Bible dan al-Quran, jadi molek rasanya jika aku selitkan video ini untuk tontonan korang.

Ingat, kita masih punya tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini untuk menerangkan kebenaran tentang Islam, selagi nyawa dan nafas masih melekat di jasad, kita tidak boleh lari dari tanggungjawab itu.

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM