Azad Jasmin Dilarang Jumpa Anak?

Sunday, February 10, 2013

Haaaaaa..serius ni! Apekeheinyer Azad takleh jumpa anak dia?? Gaduh ke diaorg ni?? Hishhh musim hujan sejuk-sejuk gini pun ramai yang bergaduh samapi bercerai berai. Terpikat aku pada kata-kata seorang ustazah (tak ingat nama beliau) dalam rancangan Primadona (aku tak tengok, cuma tertengok iklan dia je hehehe) kat ASTRO yang mengatakan, sebab mengapa rumahtangga tidak dapat kekal lama...sebab, pasangan lebih mencintai manusia melebihi dia mencintai Allah, maka Allah tarik kebahagiaan pasangan tersebut (nauzubillah!) Semoga kita bukan sebegitu ye anak-anak.

Azad mengakui rezekinya dalam bidang lakonan semakin bertambah selepas bekahwin dan menimang cahaya mata.


Tapi, dalam kes Azad ni special sikit, pasaipa? Pasai dia takleh jumpa anak bukan sebab bergaduh dengan Eira Syazira, isterinya tapi sebab ini PANTANG LARANG sewaktu berpantang wahahaha~ jahatnyer aku bikin suspen jek!*Suspen la sangattttt*


"Biasalah orang tua ada pantang larang dan sekiranya saya mempunyai penggambaran yang berlarutan sehingga malam saya tidak akan balik ke rumah mertua di Putrajaya kerana ibu mertua bimbang jika ada anasir buruk yang turut 'ikut' balik bersama yang mungkin akan memberi kesan kepada anak dan isteri yang sedang berpantang.

"Jadi jika saya tiada apa-apa hal penting saya akan memastikan akan terus balik ke rumah sebelum waktu senja untuk bersama isteri dan anak," jelasnya kepada mStar Online.

Haaaa sebab tu la sebenaqnya. Aku ingatkan sebab aper la tadi hehehe. Memang orang-orang tua cukup jaga PANTANG yang satu ni! Termasuk la bondaku...(^_^)

Masa aku berpantang dulu, memang mak cukup jaga bab kuar umah/ balik umah waktu senja ni. Habis sumer mak bagi 'warning order' termasuk abah, incik somi, akak, dan abang aku. Nak balik mesti balik umah sebelum maghrib. Jangan gatai2 nak ketuk pintu waktu tu. Kalu dah TERlambat sampai..duduk dulu la kat luar tu barang 5/10 minit sebelum bagi salam.

Masa pantang anak pertama dulu aku tak faham, bila mak terangkan baru aku faham. Kalu balik kampung pun mesti pilih waktu yang sesuai. Jangan waktu malam gatai-gatai nak gi jenjalan bawak anak kecik. Kalu kampung jauh, mulakan perjalanan pada waktu awal pagi dan mesti sampai di destinasi sebelum menjelang petang. 

Budak kecik terutama waktu dalam pantang kene jaga betul-betul, kalu boleh jangan dibawa kuar rumah selagi tak habis pantang. Kecualila kecemasan...takleh nak elak la kan.  

Tegasnya mak aku jaga dulu. Tu baru bab kuar/balik umah beb..belum bab makan lagi hehehe. Kalu sapa2 berpantang ngan mak aku konpem korang oleh kurus macam aku..eh bukan kurus..keding!hahahaha. Tapi, yang penting luka bersalin luar dan dalam cepat sembuh. 

Bak kata orang bijak pandai, 

Bersusah-susah dahulu bersenang senang kemudian, 
Berlapar-lapar dahulu, nanti badan ramping cik abg pun sayang.
Wakakakaka...sekian(^_^)

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. alaaa....wakena beb hehe

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @pink: hahahaha sekali sekala beb :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM