Sunday, February 10, 2013

# Bila Balik Kampung

Borak-borak Kampung.

Assamualaikum sumer!~

                              

Pagi yang mendamaikan....jiwa tenang bile hirup udara bersih kat kampung ni. Mak plak buat cekodok pisang pagi ni perrrrggghhh lagi 'kembang' la aku hehe. Bukan aku taknak masak, tapi time ni la aku nak manja-manja ngan mak, nak rasa air tangan mak yang tiada tandingan!  Inilah part paling best kalu cuti lama skit. ..hehe.

Sempena 4 hari cuti CNY ni, aku bawak anak-anak balik kampung spend time ngan atok dan wan diaorg.  Incik somi plak ada 'part time' di KL ,so lusa baru balik sini balik.
Aperpun, kali ni aku tak bawa balik laptop sebab kalu bawak balik pun tak guna...tahap line tenet  mengalahkan unta padang pasir!  Still aku nak update ... tak kira nak jugak! hehe.  Blogging kan obsesi baruku..kalu tak citer sehari macam tak lengkap je  rasa.


                          

So, pe cer arini? Gambar ni aku snap dari paper semalam. Disebabkan aku malas nak gi kedai beli paper maka aku amik je la gambo semalam hehehe. The question is....meletops ker?? Aku dah lama ketinggalan bab2 tengok wayang ni. Tabiat ni dah lama aku tinggalkan since aku pregnant anak sulung. Lagipun, aku bukan kaki wayang tegar, kalu kawan ajak barulah aku terhegeh-hegeh nak gi. Kalu nak gi sorang tu bukan aku la hehe.

Incik somi memang minat ngan filem arahan Mamat Khalid. Dari filem Man Laksa sampai la ke Hantu Kak Limah kalu ada tayangan ulangan dia yang dok hadap depn tv tu. Aku? Aku menurut jer, tak kisahla filem apa pun tapi kalu teruk mengarut benor aku tutup terussss.                           

So, di sebalik kontroversi Awie & promosi filem ni yang gempakzzz kemungkinan ramaila yang akan serbu pawagam kali ni. Pasal kontroversi Awie ngan hal kelab malam tu memang aku tak suker ...hatta ko seorang artis pun ko tak terkecuali dari hukum Allah, setuju?  Hal sebegini takyah malu-malu nak komen,bende gini kan basic, takkan nak tunggu jadi ustaz/usrazah baru leh tegur?? Kalu tak betul kene tegurla...ke guaner?

2 comments:

  1. Selamat bercuti sis ;)
    Untung anak2 sis dapat spend mase dengan atuk & nenek korang :)

    nurulnajihahadam.blogspot.com
    [ keep on touch yeee ;)

    ReplyDelete

Apa kata korang?