Dipaksa Kahwin Perogol?Anda Sanggup?

Thursday, February 07, 2013

Dalam Islam, kaum wanita sangat dipandang mulia dari pelbagai sudut kehidupan, sosial mahupun ibadah. Namun, bagi sesetengah masyarakat yang masih mendahulukan adat dan budaya kaum sendiri melebihi syariat agama menjadikan hidup kebanyakan wanita terus dihantui ketakutan dan penindasan, terutama di negara-negara yang masih kuat adatnya.

GULNAZ bersama anak perempuannya, Badam Bagh.
Pernah dengar istilah 'berzina secara paksaan' ?? Bagi aku yang tak berapa nak tinggi ilmu tafsiran ini menganggap ini istilah atau terma paling karut dan bodo dalam dunia! Sebab? First, kita kene tahu apa itu definisi BERZINA.

Definisi BERZINA -  melakukan zina; bersetubuh secara haram (tanpa nikah); bermukah.(aku amik dari DBP)

Definisi PAKSAAN - tidak dapat dibantah lagi kerana dimestikan; tidak dgn kemahuan sendiri melainkan kerana desakan~ memaksa menyuruh orang melakukan sesuatu dgn tidak boleh tidak; menyuruh dgn paksa ~ memaksakan menjadikan sesuatu diterima dgn perasaan tidak rela ~ (aku amik dari DBP)

Jadi, apakah maksud berzina secara paksaan yang sebenarnya? Kalu aku olah ayat-ayat di atas dan menggabungkan ia menjadi satu ayat bersama, ia bermaksud, melakukan zina tidak dengan kemahuan sendiri. Guaner tu?Siapa paksa siapa? Siapa yang mahu siapa? Perogol kene paksa buka seluar ke? Dan kenapa pula wanita yang dirogol dijatuhi hukuman?

Secara normalnya, istilah berzina ini digunapakai apabila kedua-dua pihak dengan RELA melakukan perbuatan itu TANPA DIPAKSA ATAU DISURUH ATAU DIUGUT. Aku tak nampak pun mana-mana perkataan ini dalam ayat 'berzina secara paksaan'? Kalu la istilah ini digunapakai dalam negara kita..tak ke haru 1Malaysia!!~ 

So, ape kene mengena dengan apa yang aku citer ni dengan gambar wanita di atas? Yerp, dia adalah antara MANGSA ROGOL yang dipenjarakan kerana BERZINA.Mangsa rogol tapi berzina??Hurm....jadi bengong sekejap aku hahahaha!~

Sudah la kene rogol, Gulnaz didapati BERSALAH KERANA BERZINA SECARA PAKSAAN dan dijatuhui hukuman plak atas kesalahan berzina. Dah tu, dipenjarakan pulak sehingga 13 bulan! Dah tu, hamil pulak anak perogol tu. Dan, sekarang dia dipaksa pulak kahwin dengan perogol untuk memulihkan maruah keluarga dan mengelak dipinggir masyarakat. Ok, ini lebih mengerikan dari mana-mana cerita hantu atau seram yang pernah aku tengok!Seriously!~

Bukan Gulnaz seorang saja yang menghadapi ketidakadilan sistem kehakiman di negaranya, malah beribu-ribu lagi wanita di sana yang mengalami nasib sepertinya dan dibiarkan tanpa pembelaan. Mereka yang telah dirogol turut dipandang serong dan didiskriminasi oleh masyarakat setempat. Dan, wanita-wanita ini terdesak melakukan (dipaksa kahwin) demi membela nasib anak kecil yang tidak berdosa.

Makin fenin aku dengan dunia hari ini. Yang nampak salah dijadikan benar, yang nampak benar dijadikan salah. Semua tu demi ape? Demi memenuhi kehendak dan nafsu sendiri....semoga Allah melindungi kita dari orang-orang yang melakukan kezaliman dan merosakkan. Amin~

Baca cerita penuh wanita ini di SINI

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Aaa...sedihnya nasib seorang wanita tu.. Ya Allah betul..makin pelik dunia ni. Orang lain yang salah, tak pasal2, dia yang kenal. Sungguh lah dunia ini tidak adil.

    ReplyDelete
  2. hemm.. jd wanita selalunya mcm ni lah.. selalu jadi mangsa n selalu jd kambing hitam.. dipersalahkan, dihukum ikut suka.. kesian popuan 2 kan..

    ReplyDelete
  3. x adil.. penindasan terhadap kaum wanita! :'(

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM