Gaji Penjawat Awam Naik 5 Peratus.

Friday, February 01, 2013

Wowweeeeee! ALhamdulillah..berita baik ni! Seronok dengar nak dapat naik gaji ni hehe. Tapi, tak seronok biler gaji naik, harga barang pun naik. Yang tu boleh kasi darah naik! Aperpun, berita kenaikan gaji ini memang ditunggu2 oleh sumer penjawat awam, especially yang dah berkhidmat 10 tahun dan ke atas...macam aku hehehe~


Ali Hamsa pada Program Amanat KSN bersama penjawat
awam di PICC, Putrajaya.
Kadar ikut prestasi, implikasi kewangan kerajaan
Putrajaya: Penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum mungkin menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus yang dijangka diumumkan pada bulan depan.(Februari 2013)


Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian mengenainya sudah selesai dilaksanakan tetapi kadarnya akan bergantung kepada prestasi dan implikasi kewangan kerajaan. 

"Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik...ini yang ingin saya ketengahkan," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.
Markah 80 dan ke atas
Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

CUEPACS sebelum ini menganggarkan kira-kira 20 peratus atau sekitar 280,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam berdepan tangga gaji yang sudah mencapai tahap maksimum tahun lalu.

“Saya sudah minta Jabatan Perkhidmatan Awam (kaji perkara itu). Mereka yang sudah sampai ke tahap gaji maksimum dan jika prestasi orang itu 80 peratus, akan menerima kenaikan. 

“Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik...ini yang ingin saya ketengahkan,”
katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Amanat KSN bersama Penjawat Awam 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Lebih kreatif, inovatif

Justeru, katanya, kakitangan awam perlu meningkatkan produktiviti kerja supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Jika mereka lebih kreatif dan inovatif, hasil kerja akan menjadi lebih produktif. Untuk itu, kerajaan tidak teragak-agak memberi emolumen dan sebagainya bagi mengiktiraf usaha mereka,” katanya.

Ali berkata pelaksanaannya perlu mendapat kelulusan kerajaan terlebih dulu tetapi setakat ini, kerajaan positif dengan perkara terbabit kerana faham gaji yang statik bukan penyelesaian terhadap prestasi kerja kakitangan awam khususnya yang cemerlang.-Sumber

aku sangatla menyokong kenyataan KSN di atas, sebab ada antara kami yang telah berkhidmat 10 tahun dan keatas, tapi gaji pokok cuma beza RM1OO+/RM200+ dengan 'junior' yang baru berkhidmat tak sampai 5 tahun lagi....(gaji pokok tahun 2004=RM653) tu pasal laaaaaa...

Semoga impian ini dapat direalisasikan hehe. Dan kepada sumer penjawat awam seluruh negara, tingkatkan prestasi anda tak kira anda bertugas di ceruk mana sekali pun. Kerja kerana Allah...semoga Allah memberkati rezeki kita aminnnn~

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. naik lagi? r u sure? bkn dh naik tahun lepas k? heeee... brita baikk..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM