Sunday, February 03, 2013

# Cerita My Pearls

Genap Sebulan.

Semalam genap sebulan Wani & Mira bertadika di tadika baru. Sepanjang sebulan ni jugakla macam-macam gelagat aku tengok kat dua beradik ni. Tapi, sepanjang sebulan ni jugak hati aku ada manyakkkkk senang! Alhamdulillah...


Selain perubahan dari wajah dua beradik ni yang ceria setiap kali pulang ke sekolah dengan bermacam2 cerita baru yang penuh aksi dan kenikmatan menikmati makanan sedap di sekolah, aku juga perasan satu perubahan ketara dari mereka. Mereka tak ngadu lapar lagi!hehehehehe~

Dulu, setiap kali sampai umah dua beradik ni mesti minta nasi...lapar katanya. Aku pun pelik, apa yang diaorg makan kat sekolah tu sampai balik umah pun masih mintak makan lagi? Takpela...aku masakkan jugak, kang kalu perut budak meragam susah jugak kan.

Tapi, sekarang diaorg dah tak heran kalu tak makan nasi kat umah. Setiap hari dalam kete, aku tak 'miss' nak tanya dua beradik ni aper yang diaorg makan kat nurseri tu. Dan, setiap kali tu la jawapannya amat membuatkan perut ku sama lapar hahahaha.

"Bu..arini adik makan nasi..sup ayam..letak 'carrot'. Adik makan 'carrot'" Perrghhhh, nasi sup ayam...! Mana tak kenyang budak2 hehehe. The next day, "kakak makan nasi ngan bebola ayam bu...air sirap" Perrghhhh, patutlah ko tak heran ibu masak ke tak ye~
Korang jangan tak tahu, diaorg ni pun rajin dapat makan kek tau. Kata diaorg, mak jah kat nurseri tu rajin buat kek yang simple tapi sedap. Hamboiiiiii! ni yang aku nak duduk nurseri gak ni...!~

So, untuk satu bulan pertama tahun 2013 ni aku manyak senang dengan perubahan positif dari anak2ku. Sekarang aku plak kene paksa diaorg makan nasi yang aku masak...kalu tak, memang diaorg 'jual mahal' la!
Kat tadika lama, bayar mahal tapi balik anak2 masih lapar. Kat tadika baru, bayar murah tapi makan mewah. 

Nak cari tadika dan nurseri yang sesuai dengan anak2 memang mencabar. Tapi, kini aku bersyukur diaorg dapat menyesuaikan diri dengan baik di tempat baru. Kalu cenggini, ibu pun senang hati wat keje kat opis hehehehe (^_^)


No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?